GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang sedang berusaha membawa turun 35 mangsa di kaki Bukit Bendera, Air Itam di sini yang terperangkap sejak Sabtu lalu akibat kejadian tanah runtuh di beberapa laluan utama di situ.
Kesemua mangsa terdiri daripada penduduk, pekerja dan pelawat di tempat pelancongan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pihaknya dengan bantuan semua agensi sedang berusaha membantu kesemua mangsa terbabit melalui laluan bukit.
"Kita akan cuba membawa turun mereka dengan berjalan kaki kerana semua ekses dengan kenderaan tidak dapat melalui ke tempat mereka akibat tanah runtuh.
"Pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga akan membuat pemantauan dengan helikopter bagi meninjau lokasi terbabit dari udara sekali gus membantu sekiranya misi membawa turun mereka gagal," katanya di sini.
Sementara itu, perkhidmatan furnikular Bukit Bendera sehingga hari ini masih tidak beroperasi berikutan berlaku kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang di landasan. - K! ONLINE
IKLAN
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.
No comments:
Post a Comment