KALAU seorang sahaja datang ‘gempur’ mungkin lebih mudah bagi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali untuk buka ‘silat kuntau’ bagi tepis dan tangkis serangan.
Bagaimanapun menurut portal tempatan AgendaDaily, kali ini sudah lain cerita malahan silap hari bulan boleh bikin Timbalan Presiden PKR itu tidak senang duduk atau mengigau dalam tidur sepanjang masa.
Apa tidaknya, buat julung kali dalam sejarah empat bekas Menteri Besar Selangor secara serentak sudah set dan mula ‘turun padang’ dalam misi mereka untuk Barisan Nasional (BN) merampas semula Selangor.
Tan Sri Khalid Ibrahim yang disingkir PKR secara zalim menerusi ‘Langkah Kajang’ pada 2014 menegaskan akan menyertai Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Dr. Mohamad Khir Toyo dan Tan Sri Abu Hassan Omar.
Setiap mereka bahkan ada pengaruh tersendiri dan kekuatan unik masing-masing sekalipun sudah dua penggal Selangor ditadbir oleh parti pakatan pembangkang sejak 2008 lagi.
Sebelum ini Khalid yang juga Ahli Parlimen (Bebas) Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur enggan mengesah atau menafikan beliau akan menyertai siri misi BN yang diterajui UMNO tersebut.
Namun kebelakangan ini beliau kerap dilihat bersama pemimpin UMNO termasuk bersama Datuk Seri Najib Tun Razak dan jemaah Kabinet ketika pelancaran Exco Negaraku 2017 di Dataran Merdeka kelmarin.
Muhammad yang merupakan bekas Menteri Besar Selangor paling senior berkata mereka telah sepakat berganding bahu turun padang bantu BN di negeri itu merampas semula pemerintahan dari Pakatan Harapan.
Beliau bersama Abu Hassan, Dr. Mohamad Khir dan Khalid sudah bertemu dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar bagi menyatakan pendirian masing-masing baru-baru ini.
“Kita bersedia untuk menjelajah ke pelusok negeri membantu calon-calon BN pada Pilihan Raya Umum nanti bagi menjelaskan kepada rakyat tentang apa yang gagal dilakukan kerajaan Selangor sekarang,” katanya.
Muhammad atau juga mesra disebut Mat Taib berkata demikian kepada wartawan selepas berceramah Siri Jelajah Penerangan Isu Selangor anjuran BN di perkarangan pejabat ADUN Kuang lewat kelmarin.
Menurutnya lagi, antara peranan Khalid adalah untuk berunding dengan pihak tertentu di negeri itu yang boleh mempengaruhi rakyat kerana sepanjang menjadi Menteri Besar, ada yang masih setia pada beliau.
Muhammad turut menyeru agar orang Melayu di Selangor kembali memberi sokongan padu kepada BN demi kelangsungan agenda perjuangan bangsa Melayu dan mempertahankan maruah syiar Islam.
“Hanya UMNO dan BN sahaja dapat mengembalikan kegemilangan kemajuan negeri ini dan seterusnya bela nasib orang Melayu yang dalam kedaifan,” ujarnya sambil mendakwa Azmin kini gagal bantu orang Melayu.
“Kita perlu kembali ke laluan lama kerana hanya melalui BN yang terbukti mampu menjaga semua orang dengan baik. Orang Cina gembira, orang India gembira dan orang Melayu paling gembira,” katanya.
Beliau berkata Azmin dan pemimpin pembangkang lain tidak buat apa-apa luar biasa untuk rakyat Selangor kerana kebanyakan yang ada di negeri itu sekarang datangnya daripada kepimpinan BN sebelum 2008.
“Kebetulan 2008 adalah tahun di mana ramai yang tidak berpuas hati dengan individu tertentu. Jadi, mereka cuba memberi pengajaran kepada orang itu dan mengundi pembangkang. Akhirnya, kita kehilangan Selangor.
“Ia tidak boleh berlaku lagi. Selangor perlu dikembalikan kepada BN,” kata Muhammad. Beliau menambah, setiap rakyat Selangor perlu memainkan peranan mereka kerana setiap undi begitu bermakna.
Turut hadir pada program itu Ketua Bahagian UMNO Selayang yang juga ADUN Kuang, Datuk Abdul Shukor Idrus serta pemimpin sayap parti dan pemimpin parti komponen BN Selayang. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.
8 comments:
PerpaTah melayu mengatakan." Kalau tiada rotan, tali Rapia reput pun berguna jua".Hehehekikikihahahakahkahkah
Ianya lebih memberi gambaran betapa terdesaknya UBN atau bertapa kukuhnya pentadbiran MB sekarang.
Err... PAS dah ada fikiran lain sekarang? Jangan buat U-Turn pulak
nampaknya pas seronok dgn berita ini.
selangor banyak duit reserve.
bn menang adalah tempias kot.tak tuduh parti suci tapi mesti ada hadiah kenang budi dari bn.
mingkin pas jadi mb.
ibnu jadi setiausaha akhbar mb.
Jgn buat fitnah la ibnu... Tan Sri Khalid x ada masa nak layan 3 bekas mb selangor tu..hang pun satu.. Setakat copy paste isu ne dr blog lain..aduhhh.. Malu la..
Berdasarkan komen-komen karut di atas, kita dapati semua cybertrooper ternakan pakatan haprak pimpinan DA-Pig mengidap penyakit mental yang kronik kerana mereka cuba mengaitkan PAS dengan semua masalah dunia hari ini.
Mereka tetap salahkan PAS jika berlaku ribut di Amerika Syarikat, musim tengkujuh di pantai timur, banjir di Bangladesh, letupan gunung berapi di pulau Jawa, gempa bumi, tsunami di Aceh, kebakaran hutan di Indonesia,
Mereka tetap salahkan PAS jika berlaku banglo terlajak murah, kertas kerja RM300 juta, projek yang tidak mendapat kelulusan jabatan alam sekitar, tanah runtuh dan banjir kilat dan kematian di negeri yang diperintah oleh rejim DA-Pig, ketiadaan orang Melayu dalam CEC dll !
Mereka tetap salahkan PAS jika sifu roket membeli banglo terlajak murah dan sifu roket didakwa rasuah dalam mahkamah !
JIka tandas rumah mereka pecah atau anak mereka mengidap deman selsema, mereka tetap akan mencipta pelbagai cerita dongeng untuk menyalahkan PAS !
Inilah masalah mental kronik yang dialami oleh cybertrooper dan pemimpin pakatan haprak dan bos DA-Pig mereka !
Cybertrooper ternakan pakatan haprak pimpinan DA-Pig mudah lupa tentang Langkah Kjang yang mendedahkan bagaimana pakatan haprak sanggup mengkhianati dan memfitnah MB mereka sendiri ! Jika mereka boleh mengkhianati MB mereka sendiri, mereka juga boleh mengkhianati rakyat !
Kepada Tinta Mohd Yusri
Sila baca betul-betul "4 Bekas MB S'ngor Gempur Azmin. Khalid Bersama BN?"
Kan ada tanda tanya.
Ini bukan fitnah, tetapi membuka ruang perbincangan. Kalau dah tak mahu dengar perbincangan dan pendapat orang lain, jangan baca le blog ni. Bacalah blog UMNO atau DAP.
Entah-entah kamu pun balaci DAP, jilat pungkok lge?
Kepada capriokerr
Ini pun satu lagi,
Dia fikir orang lain pun fikir 'busuk' macam kepala otak dia.
materialistik!
Post a Comment