GUA MUSANG 22 Nov. – Pasangan warga emas Orang Asli yang sebelum ini bernikah secara adat berasa teruja dan bersyukur apabila dinikahkan semula mengikut Islam pada Program Nikah Perdana Masyarakat Orang Asli peringkat negeri, di Masjid Al-Hidayah, Pos Hendrop dekat sini semalam.
Itam Alang, 78, yang mempunyai lima anak dan empat cucu dari Pos Hendrop bersyukur apabila dinikahkan semula mengikut cara Islam dengan isterinya, Aluij @ Saodah Along, 68.
Mereka adalah antara 44 pasangan Orang Asli yang bernikah cara adat kaum Temiar sebelum ini telah dinikahkan semula mengikut cara Islam pada program tersebut. Itam berkata, dia telah memeluk agama Islam sejak lima tahun lalu.
Katanya, selepas mendalami ajaran Islam dia dapat menyesuaikan diri dengan larangan dalam agama Islam dan dapat mematuhinya sampai sekarang.
“Saya tak rasa bernikah semula ikut cara Islam rumit atau pelik kerana ini sudah menjadi kewajipan berbuat demikian disamping memiliki sijil nikah.
“Dulu kami berkahwin mengikut tradisi adat Orang Asli kerana masih belum mengenali agama Islam,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Program nikah perdana anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Kelantan (Maik) yang dirasmikan Setiausahanya, Rusydee Abdullah. Pasangan terbabit dinikahkan oleh jurunikah bertauliah daripada Maik, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Sementara itu, Alang Pandak, 77, yang sudah mempunyai tiga cucu pula tidak merasakan keputusan memeluk Islam telah terlewat, malah bersyukur dan menganggapnya hidayah tidak terhingga daripada Allah.
Katanya, pernikahan semula dengan isterinya, Ela Along, 64, dapat memberi contoh terbaik kepada semua kaum itu yang sebelum ini tidak mempunyai pegangan agama.
“Sebelum ini saya hanya melihat dan menghadiri perkahwinan rakan-rakan melayu beragama Islam,” katanya. (UO)
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
1 comment:
Alhamdulillah Allah telah memberi hidayah untuk menyelamatkan saudara baru kita di dunia dan akhirat. Terimakasih kepada kerajaan PAS Kelantan dan Jakim. Puak DA-Pig pula berusaha menyesatkan manusia dengan agenda evangelis.
Post a Comment