Sunday, November 12, 2017

6 Askar Filipina Terbunuh Di Tangan Pemberontak Marawi.


GAMBAR bertarikh 30 Ogos lalu menunjukkan pasukan tentera memburu saki-baki kumpulan pemberontak di Mapandi, Bandar Marawi, selatan Filipina.- AFP


MANILA – Militan-militan pro-Daesh membunuh enam askar dan mencederakan empat yang lain di selatan Fili­pina, kata seorang jurucakap tentera semalam ketika pihak tentera berusaha untuk menghapuskan saki-baki kumpulan pemberontak selepas mena­wan semula Bandar Marawi.
Tentera Filipina mengubah corak operasi di Pulau Basilan selepas menamatkan kempen ketenteraan selama lima bulan di Marawi yang berakhir dengan kematian ketua militan utama di Asia Tenggara, Isnilon Hapilon.
Isnilon Hapilon Isnilon Hapilon.
“Kami sedang memburu anasir Abu Sayyaf yang terus berada di Basilan dan sehingga waktu ini, kami menerima laporan bahawa beberapa pertempuran kecil berlaku,” kata jurucakap tentera, Mejar Je­ne­ral Restituto Padilla kepada saluran berita ANC.
Menurutnya, seramai 10 ang­gota tentera cedera, namun enam orang meninggal dunia ketika dibawa ke hospi­tal pada Rabu lalu selepas pasukan tentera bertempur dengan kumpulan militan se­masa memburu seorang ko­mander Abu Sayyaf, Furiji Indama di bandar Sumisip.
“Dua batalion askar telah dihantar bagi membantu rakan mereka yang berdepan bedilan sengit kumpulan militan,” kata seorang lagi jurucakap tentera, Kapten Jo-Ann Petinglay kepada pemberita sambil menambah, dua helikopter tempur turut menyediakan bantuan udara jarak dekat.
“Sebilangan anggota militan Abu Sayyaf terbunuh atau cedera tetapi jumlahnya tidak dapat dipastikan.
“Kami akan terus membu­ru kumpulan ini dan menghapuskannya sama sekali,” tambah Petinglay. – Reuters
IKLAN:

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails