Monday, November 27, 2017

Abd Hadi, Presiden PAS Pengganas.. Apa Kata K/Polis?



Tuduhan 'pengganas' hanya kerana Abdul Hadi mempunyai hubungan dengan Qaradawi... 


Bangi, 6 Rabiulawal 1439H, Sabtu – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Awang tidak memberi ancaman kepada negara.


Mengulas pengharaman Kesatuan Ulama Islam Sedunia (IUMS) oleh empat negara diketuai Arab Saudi, beliau berkata, pihak polis mengambil maklum mengenainya dan sentiasa mengikuti perkembangan itu.
Hasil carian imej untuk abd hadi awang

“Setakat yang kita tahu, pembabitan Abdul Hadi dalam kesatuan itu tidak memberi sebarang ancaman,” katanya memetik laporan The Star, hari ini.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang adalah Naib Presiden IUMS, yang diketuai ulama terkenal Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi.

Kelmarin, Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain, menyenaraihitam IUMS dalam senarai yang dianggap pengganas di rantau Teluk, bersama Majlis Islam Antarabangsa ‘Massaa’ dan 11 lagi individu.

Jun lalu, empat negara itu menyenaraikan Qaradawi sebagai antara 59 individu dan 12 entiti ke dalam senarai pengganas.

Pada masa sama, The Star turut melaporkan PAS menolak laporan berita Arab yang mengaitkan Abdul Hadi dan kumpulan pengganas.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, perbuatan itu adalah satu taktik semata-mata supaya Abdul Hadi ‘dilihat seakan-akan pengganas’ apabila IUMS diisytihar menyokong keganasan.

Katanya, sesetengah tuduhan itu adalah tidak berasas sama sekali, hanya kerana Abdul Hadi mempunyai hubungan dengan Qaradawi.

“Laporan itu tidak berasas dan dilihat sebagai satu konspirasi. Jika berita itu benar, sudah tentu Abdul Hadi ditangkap sejak lama dulu,” katanya.

Sementara itu, akhbar sama juga melaporkan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, kerajaan Malaysia tidak menyenaraikan IUMS sebagai pertubuhan pengganas.

“Adalah jelas bahawa ia adalah laporan yang berniat jahat untuk membusukkan nama kesatuan yang dipimpin Dr Yusof, seorang yang dicop sebagai pengganas hanya kerana beliau tinggal di Qatar,” katanya.



Lihat sebelum ini..

5 comments:

Anonymous said...

Kira ok lah tu. PENGANAS ber TA'A'WUN dengan PENYAMUN. Akan membawa Islam ke aras yg lebih.....Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Kira ok lah tu. Parti kafir harbi DA-Pig me-lembu-kan parti munafik liberal. Akan membawa Pakatan Haprak ke aras lebih rendah dalam tong taik. Ptui!

Anonymous said...

Pemimpin munafik Arab adalah barua Israel dan Amerika. Maka tidak hairanlah anjing-anjing ini memfitnah persatuan ulama Islam.

Anonymous said...

Antara chip lobai menjadi pendokong pengganas dgn pendokong klepet manakah yg memudaratkan negara Dan umat Islam?

Anonymous said...

Pemimpin dan barua parti klepet DA-Pig seperti barua 11:02 am dan sekutu liberal mereka memudaratkan negara umat Islam kerana mereka menentang agama Islam, menindas umat Islam dan mengumpul kekayaan melalui projek kroni seperti kertas kerja rm300 juta, banglo terlajak murah, memusnahkan alam sekitar untuk projek kroni yang amat merugikan rakyat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails