Sunday, November 26, 2017

A/Hadi K/Islam Sedunia Tersenarai Pengganas? Ini, Jawab Beliau.



TINDAKAN negara-negara yang memutuskan hubungan dengan Qatar serta mengeluarkan 'senarai baru pengganas' bukanlah perkara yang mengejutkan. Negara-negara tersebut turut menyenaraikan organisasi-organisasi Islam yang lain seperti Kesatuan Ulamak Islam Sedunia dan Majlis Islami. 

Selain itu, beberapa orang tokoh yang terkenal dengan sikap sederhana mereka terhadap pemahaman Islam juga turut disenaraikan sebagai pengganas. Negara yang mengeluarkan senarai pengganas ini telah mengamalkan politik peneutralan hubungan dengan Israel dan negara-negara dalam rangkaian Mason - Zionis Antarabangsa. 

Pendekatan politik sebegini sebenarnya ibarat kapal yang berlayar sesat di lautan samudera yang luas. Mereka tidak mempunyai jatidiri untuk membuat keputusan secara bebas berpandukan nilai-nilai mulia walaupun sudah lama melalui zaman-zaman kegelapan dan penindasan yang sepatutnya menjadi pengajaran kepada mereka.


Walaupun negara-negara ini terkenal dengan kekayaan dari sudut sumber buminya, namun mereka miskin integriti serta sahsiah. Mereka turut hilang keagungan serta kemuliaannya. Lebih malang, mereka juga mengubah pendirian mereka mengikut hawa nafsu sehingga menjadi lemah di hadapan orang-orang kafir, namun bersikap keras ke atas orang-orang beriman dan memuliakan 'tetamu-tetamu' Zionis melebihi saudara seagama. 

Bahkan lebih parah, mereka telah bertindak keras ke atas negara yang seagama dengannya hanya kerana berbeza pendapat. Bangsa Arab asalnya menjadi mulia kerana Islam akan tetapi kini bakal hancur dengan kejahatan mereka sendiri yang mengiktiraf rejim Zionis serta mengabaikan Palestin dan kesuciannya. 

Mereka didorong rasa percaya dan kagum kepada penguasa-penguasa Yahudi Zionis melebihi kepercayaan kepada Allah, Islam dan umat Islam. Justeru, inilah sebagaimana difahami daripada firman Allah S.W.T yang bermaksud:

وَإِن تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُم (38)
  • "Dan, jika kamu berpaling nescaya Allah akan mengganti(mu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini)." (Muhammad: 38)

Allah juga membuat penegasan mengenai kuasa pemerintahan melalui firman-Nya dalam Surah Al-Imran:

قُلِ ٱللَّهُمَّ مَٰلِكَ ٱلۡمُلۡكِ تُؤۡتِي ٱلۡمُلۡكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ ٱلۡمُلۡكَ مِمَّن تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَآءُۖ بِيَدِكَ ٱلۡخَيۡرُۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ
  • Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-Imran: 26)

“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS 
Bertarikh: 6 Rabiul Awal 1439 / 25 November 2017 



Lihat sebelum ini..

1 comment:

Anonymous said...

Rejim Mesir, Arab Saudi dan sekutu mereka adalah anjing ternakan Israel dan Amerika. Tanpa merasa malu dan segan, mereka bersubahat dengan Israel dan Amerika menindas dan membunuh umat Islam Palestin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails