Rumah Presiden PAS yang telah menjadi MP semenjak 30 tahun lalu dan ada beberapa pencen tak termasuk harta peninggalan.
FIRMAN Allah SWT dalam surah al Mumtahanah ayat 5,
رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
- "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir, dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Inilah zaman ketika kita sedang berdepan dengan mainan politik yang memualkan. Apabila kata-kata orang menyebut bahawa politik itu kotor, pada sesetengah keadaannya kemungkinan ia adalah benar.
Politik itu sendiri adalah satu keperluan masyarakat dan manusia yang pada asasnya berpolitik itu adalah sikap Islam dan akhlak seorang Muslim. Ini kerana politik bertujuan kepada kebaikan dan menguruskan hal ehwal manusia. Tanpa politik banyak urusan manusia tidak berjalan dengan teratur dan tiada sistematik.
Akan tetapi sering kali dikotori dan dipalitkan dengan perlakuan ahli dan penyokong politik tertentu yang tiada berpegang kepada panduan agama dan tindakan menghalalkan cara. Terdapat kebanyakan ahli politik yang menggunakan politik menabur fitnah, mengadu domba, melondeh keaiban yang dilarang dan juga menimbulkan persepsi buruk.
Tanpa dinafikan bahawa berpolitik ini mampu merebut peluang-peluang tertentu dengan cara yang salah terutamanya untuk beroleh kekayaan dengan cara yang salah. Dengan melalui politiklah, peluang akan terbentang luas di hadapan seorang ahli politik terutamanya peluang untuk beroleh sesuatu sumber kewangan dan kekayaan.
Ini kerana orang politik ketika beroleh kuasa, merekalah yang memegang khazanah kewangan sesuatu organisasi, negeri atau negara. Mereka jugalah penentu polisi, mereka juga yang meluluskan satu-satu projek. Mereka sering dihimpit oleh pihak berkepentingan seperti ahli perniagaan, korporat dan perasuah serta golongan penjahat untuk dirasuah dan disogok untuk kepentingan urusan tertentu.
Pendek kata, orang politik yang berkuasa ialah orang yang memegang kunci peti harta karun.
Namun, hakikatnya tidak semestinya semua begitu. Ada ahli politik yang terpaksa hidup tidak semudah orang lain. Ada Ahli politik yang sepenuh masa bekerja sendiri, tiada pendapatan tetap, tiada insuran kesihatan, tidak klinik dan hospital panel sekiranya ingin mendapatkan rawatan kesihatan.
Mereka sibuk ke sana ke sini mengisi panggilan dan jemputan program ke seluruh ruang negeri hanya menggunakan duit sendiri, kenderaan sendiri, memandu kereta sendiri berseorangan setiap masa dalam perjalanan di tengah-tengah malam. Mereka memenuhi panggilan ceramah dan program ada kalanya tiada berbayar walaupun mereka tidak mengharapkan sumbangan mereka dibayar dengan duit.
Makan dan minum mereka tidak menentu, adakalanya makan mereka tolong dibayar oleh rakan-rakan yang memahami mereka. Tidak dinafikan ada ahli politik apabila ditaqdirkan menjadi Yang Berhormat samada ahli Dewan Negeri atau Ahli Parlimen, tentulah disana ada sikit perubahan dalam diri mereka dari sudut kewangan. Ini kerana mereka sudah ada pendapatan bulanan atau gaji, elaun perjalanan, elaun kesihatan dan lain-lain.
Namun tetap mereka tidak mampu bermewah, kerana pendapatan mereka juga dihabiskan untuk kerja-kerja politik mereka sekalipun bergelar YB dan kerja pula semakin bertambah. Lebih-lebih lagi YB ini pembangkang, sudah tentu peruntukan kepada YB ahli politik pembangkang tidak sama dengan YB ahli politik kerajaan. Malah pendapatan atau gaji YB ahli politik pembangkang digunakan untuk membantu rakyat.
Penulis sendiri mengenali seorang YB PAS yang menjual barang produk orang kampung untuk menampung kerja tugasannya sebagai ahli politik dan wakil rakyat. Untuk melaksana programnya sebagai YB, beliau terpaksa merayu sumbangan derma orang ramai di surau dan masjid. Namun begitu, ada juga ahli politik yang kaya. Ini bukan kerana dia menjadi kaya dengan sebab berpolitik.
Akan tetapi dia sudah merupakan seorang yang kaya samada kerana kerjayanya diluar bidang politik lalu perolehi hasil pendapatan yang lumayan ataupun dia memiliki perniagaan sendiri atau dia daripada keluarga yang kaya. Ahli politik yang kaya ini juga berjuang beriringan bersama rakan yang lain. Mereka kaya, tetapi kekayaan mereka digunakan untuk perjuangan Islam dan rakyat.
Sebagai contoh, ahli politik di kalangan PAS yang kaya dan PAS berbangga dengan kehadiran mereka bersama perjuangan Islam dan PAS. Apakah PAS ini hanya disertai oleh ahli yang miskin sahaja? Bukankah perjuangan Rasulullah SAW turut disokong dan dibantu oleh sahabat ra yang kaya? Apakah masyarakat nak melihat dan berharap PAS hanya di kalangan orang miskin sahaja.
Kita diajar bahawa kaya dan miskin bukan pada harta tetapi pada hati manusia. Sabda Nabi SAW,
ليس الغنَى عن كثرةِ العرَضِ ، ولكنَّ الغنَى
غنَى النَّفسِ
- Maksudnya, ".. Tiadalah kekayaan itu pada banyak harta. Akan tetapi kekayaan itu adalah kekayaan jiwa.. "
Mutakhir ini, banyak sungguh tohmahan fitnah dan persepsi cuba direkayasa untuk menggambarkan PAS ini sudah lari daripada landasan perjuangan hanya kerana terdapat sebahagian pimpinan PAS dilihat berkereta baru kononnya tak layak dan makan duit haram atau dirasuah. Ahli politik dan pimpinan PAS sudah diakui olehl kawan mahupun lawan sebagai ahli politik yang jujur dan bebas daripada salahguna kuasa dan salah laku.
Sekalipun pimpinan PAS diberikan kuasa dan diangkat memegang jawatan seperti YB atau pentadbir negeri, sejak dulu hingga kini tiada seorang pun dikalangan mereka pernah didakwa di mahkamah atas tuduhan salahlaku atau penyelewengan. Walaupun di kalangan pimpinan PAS ada yang hidup sebagai orang yang kaya, tetapi kekayaan mereka diperolehi oleh usaha gigih sendiri, samada memiliki profesion diluar bidang politik atau perniagaan sendiri.
Malah, kekayaan mereka pula digunakan untuk membantu perjuangan Islam dan PAS. Mereka berkereta selesa adalah hasil gaji mereka yang selayaknya, profesion mereka, perniagaan mereka. Bukan melalui rasuah, salahguna kuasa dan tanpa melakukan penyelewengan. Mereka berhak atas harta mereka sebagaimana orang lain selama ia adalah sah dan halal.
Masyarakat usah terpengaruh dengan idea sosialis. Idea ini tanpa disedari menyerap dalam pemikiran orang Islam yang jahil. Dengan beranggapan bahawa semua orang tidak layak menjadi kaya sekalipun hasil usaha mereka yang sah dan halal. Idea ini kononnya kelihatan betul. Tetapi hakikatnya bercanggah dengan prinsip Islam yang membenarkan sesiapapun memiliki harta selama ia sah dan halal serta melaksanakan tanggungjawab mengeluarkan zakat dan sedekah.
Mentaliti orang politik dan juga dakyah orang politik yang berpegang bahawa orang politik mesti miskin adalah mentaliti yang tersasar. Dalam PAS sekarang ini sudah ada golongan pelbagai peringkat, ulamak, profesional, aktivis, rata-rata mereka berstatus kaya, sederhana dan miskin. Semuanya bermesra, bersenada dan saling lengkap melengkapi. Ahli Politik PAS yang kaya tidak hanyut dengan kekayaan, mereka sering dilihat bersama ahli lain sekalipun berbeza status kewangan.
Pimpinan dan ahli politik PAS yang memiliki status kewangan agak tinggi masih boleh dilihat di pasar malam, perkampungan, bersama rakyat marhein, dan pelbagai lapangan. Mereka menyelami hati dan degup nadi orang miskin serta memperjuangkan nasib mereka dalam politik.
Lihatlah bagaimana di sekeliling Rasulullah SAW terdapat para sahabat yang kaya yang mereka langsung tidak pernah dilarang oleh Nabi saw untuk memiliki harta. Harta mereka pula diinfaqkan sebahagiannya kepada perjuangan Rasulullah SAW. Rasulullah SAW sendiri memiliki sebahagian daripada milikan peribadinya yang dianggap sangat berharga dan juga lain daripada yang lain.
Kuda Nabi saw adalah kuda yang terbaik, perisai, unta, dan 9 pedang Baginda saw yang digunakan dalam peperangan antaranya ZulFiqar adalah pedang yang dibuat perak dan paling istimewa malah dianggap "precious" harta pada ketika itu.
Kuda Nabi saw adalah kuda yang terbaik, perisai, unta, dan 9 pedang Baginda saw yang digunakan dalam peperangan antaranya ZulFiqar adalah pedang yang dibuat perak dan paling istimewa malah dianggap "precious" harta pada ketika itu.
Penulis mengenali secara peribadi beberapa ahli PAS yang miskin begitu juga yang kaya. Yang miskin, mereka tiada merungut dengan kesusahan malah mereka sanggup menyumbangkan sebahagian harta kecil mereka kepada PAS. Begitu juga ahli dan pimpinan PAS yang kaya, adalah hasil daripada usaha sendiri di luar bidang politik. Mereka tidak lokek untuk berbakti kepada PAS.
Tuduhan terbaru musuh politik terhadap beberapa pimpinan kononnya memiliki harta dengan dikaitkan RM 90 juta daripada Umno adalah liar dan jahat. Menjadikan idea bahawa pejuang Islam mesti miskin dan sekiranya mereka memiliki sedikit kekayaan, selayaknya mereka ditohmah dan terus dianggap memperolehi kekayaan dengan cara yang salah. Kalau benar, sila buktikan.
Silalah lapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Silalah lapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Muak dengan idea politik goblok dan jijik sebegini. Contohnya tuduhan ke atas Ustaz Khalil Abd Hadi hidup bermewah berasaskan bergambar dengan motorsikal berkuasa tinggi tanpa usul periksa amat tersasar sedangkan motorsikal berkenaan adalah milik sahabat dalam Exco Pemuda PAS Pusat.
Begitulah mabuk dan gila fitnah tahap kronik ingin dilakukan terhadap PAS. Hentikan fitnah murahan dan sikap jijik tiada akhlak berpolitik sebegini.
Begitulah mabuk dan gila fitnah tahap kronik ingin dilakukan terhadap PAS. Hentikan fitnah murahan dan sikap jijik tiada akhlak berpolitik sebegini.
Kami PAS yakin pada Allah SWT, selagi panah-panah fitnah dikenakan keatas kami, kami semakin kuat dan semakin dekat hubungan kami dengan Allah SWT.
Apabila kami dizalimi, kami ingin mengingatkan semua, bahawa doa orang yang dizalimi tiada hijab dengan Allah SWT.
USTAZ MUHAMMAD NAJHAN HALIM
HARAKAHDAILY 3/11/2017
Apabila kami dizalimi, kami ingin mengingatkan semua, bahawa doa orang yang dizalimi tiada hijab dengan Allah SWT.
USTAZ MUHAMMAD NAJHAN HALIM
HARAKAHDAILY 3/11/2017
Ini Solusi pekerjanya!
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.
5 comments:
kaya memang ada tapi kaya di luar dugaan.ada lebai kata tak ada forse,bila di periksa ada daftar atas nama dia?ada ketua lebai di dapati bersalah kes pil kuda,mahkamah kata itu fitnah kata lebai tak kaki fitnah?mulanya 90 juta tapi sekarang dah jadi 200 juta kalau tak betul buktikanlah di mahkamah seperti mana yang berlaku sekarang di london.akhir nya parti lebai memang kaki songlap,pada yang kaki songlap tu elok ambil kopiah buat sapu taik kucing.
Buktikan di mahkamah. bodoh.
kembali semula b*d*h kat hang..!
Zamani. Hang ni memang penagih fitnah.percaya SR melebihi percaya nas. Cakap macam orang x waras.
Musuh-musuh PAS telah dan sedang mencipta pelbagai fitnah untuk memfitnah dan memburuk-burukkan PAS tetapi musuh-musuh PAS telah gagal menunjukkan sebarang bukti . Ini bererti musuh-musuh PAS adalah pendusta yang amat celaka,hina dan terkutuk dan tidak bermaruah.
Post a Comment