KUANTAN – Gerakan Belia 4B Kawasan Kuantan hari ini membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook bernama Asiah Abd. Latif berhubung kenyataannya yang didakwa menghina keperibadian dan keluarga Nabi Muhammad SAW.
Pengerusinya, Mohd Jalaludin Fikri Jamal berkata kenyataan Asiah yang disedarinya pada pukul 9.40 malam, 12 Nov lalu berhubung hak wanita itu juga dibimbangi boleh memesongkan akidah umat Islam kerana status itu mendapat sokongan pembaca.
“Sebagai seorang Islam, dia (Asiah) tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sebegitu yang menghina Nabi Muhammad dan membangkitkan kemarahan serta mengguris perasaan umat Islam di negara ini.
“Dia juga dilihat memanipulasi surah dan hadis,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini pada pukul 12.30 tengah hari ini.
Turut membuat laporan ialah Anggota Jawatankuasa (AJK) Gerakan Belia 4B Kawasan Kuantan Ahmad Faizal Hazizan dan kedua-dua mereka mahu supaya tindakan diambil terhadap Asiah.
Asiah didakwa telah memuat naik status di akaun Facebooknya pada pukul 8.29 malam, 12 November lalu yang mendakwa konon wanita Islam sering ditakutkan dengan buruknya status janda di sisi masyarakat sejak zaman nabi.
Pada kenyataan itu, Asiah juga menyentuh ayat 128 surah An-Nisa’ dan ayat 5 surah At-Tahrim. – BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Orang ramai sila buat lapor polis bila ada sesiapa yang menghina Nabi Besar Muhammad SAW. Itu saja yang boleh kita buat di dalam negara yang perundangan Islamnya tempang.
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.
Apabila hati sudah mati dan diri menjadi bodoh sombong, semua kebenaran dinafikan dan semua kemungkaran dan kesesatan dianuti dan diamalkan ! Hidup sentiasa bergelumang dengan dosa sehinggalah malaikat maut berada di hadapan mata. Menyesal di waktu sakaratul maut tidak berguna ! Kubur menjadi lubang neraka dan menangis air mata darah sekalipun tidak berguna!
ReplyDeleteBerapa lama seseorang manusia itu boleh hidup bodoh sombongmenentang Allah dan RasulNya di bumi ini? 80 tahun? 100 tahun? 120 tahun? Selepas itu apa ? Mati itu pasti dan pembalasan di akhirat juga pasti berlaku ! !
ReplyDeletePEMBETULAN:
ReplyDeleteBerapa lama seseorang manusia itu boleh hidup bodoh sombong menentang Allah dan RasulNya di bumi ini? 80 tahun? 100 tahun? 120 tahun? Selepas itu apa ? Mati itu pasti dan pembalasan di akhirat juga pasti berlaku ! !
Di waktu hidup ini, lidah celaka bebas berkata-kata dan tangan celaka bebas menulis dakwaan karut menghina dan memfitnah Allah dan RasulNya, agama Islam dan pewaris nabi sedangkan segala kesesatannya sedang dicatat oleh malaikat.
ReplyDeleteMereka hanya melihat kebenaran setelah mereka mati maka rugilah mereka kerana menjadi penghuni neraka yang penuh dengan siksaan dan mereka kekal di dalamnya! Siapakah yang boleh menyelamatkan mereka jika Allah mahu menyiksa mereka? Bahkan pemimpin liberalisme, sekularisme, komunisme, pluralisme juga akan disiksa kerana menafikan ajaran Islam !