Tuesday, November 07, 2017

Banjir, PH Lepas Tangan... Sibuk Kenang Anwar 1,000 Hari Dipenjara.



Fakta yang tidak dapat dipadam oleh sesiapa pun ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sedang jalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya,Saiful Bukhari Azlan.
Itu keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015. Perjalanan kes liwat kali kedua Anwar ini berlarutan hampir lapan tahun bermula dengan laporan polis yang dibuat oleh Saiful pada 28 Jun 2008.
Ini termasuk proses perbicaraan panjang yang melalui semua peringkat mahkamah. Meliwat adalah perbuatan sangat keji dan terkutuk dari segenap segi termasuk agama. Cuba tanya para pemimpin Pakatan Harapan pasal bab meliwat sudah pasti mereka yang bijak pandai itu cukup sedia maklum hukum hakamnya.
Namun politik punya pasal satu keputusan mahkamah cuba ditolak ke dalam tong sampah konon ia keputusan politik segala macam. Maka usaha terus menerus dibuat untuk ‘sucikan’ Anwar dikacamata umum melalui pelbagai langkah termasuk gerakan untuk bebaskanya.
Anehnya puak pembangkang yang konon berdegar cakap pasal 'the rule of law' tidak langsung mempedulikan hak Saiful dari segi perundangan untuk menuntut keadilan. Bagi puak ini apa yang penting hanyalah hak pemimpin ‘anugerah tuhan’ mereka sahaja. Hanya pemimpin mereka saja yang benar... orang lain boleh jalan.
Pada Isnin malam… dalam keadaan rakyat di Pulau Pinang dan Kedah memerlukan pertolongan kerana banjir para  pemimpin Pakatan Harapan lebih sibuk dengan perarakan memperingati Anwar 1000 hari di penjara.
Bersama kira-kira 150 orang mereka membuat perarakan bermula daripada bangunan Parlimen ke Dataran Merdeka.Seperti biasa acara akan dipenuhi dengan ucapan daripada pemimpin pembangkang yang agungkan Anwar dan hentam kerajaan.
Tujuh orang terkorban dalam banjir teruk di Pulau Pinang sejak dua hari lepas, manakala sebelum ini 11 lagi terbunuh dalam kejadian tanah runtuh juga di negeri yang diperintah kerajaan DAP-PKR itu. Tapi itu semua tidak penting, pemimpin Pakatan Harapan lebih seronok berkumpul dan berarak beramai-ramai.
Gambar orang bukan Islam terpaksa menumpang di surau, atau gambar keranda yang dibawa untuk persemadian dengan meredah banjir tidak menjadi hal penting untuk kumpulan ini. Lebih penting adalah mengenang seorang pesalah seksual yang dihukum penjara selepas tiga mahkamah dengan sembilan hakim keseluruhannya mendapati Anwar bersalah meliwat pembantunya.
Usaha terbesar yang dilakukan pemimpin Pakatan sejak banjir teruk ini adalah meminta derma daripada orang ramai dengan menyiarkan nombor akaun parti masing-masing. Manakala untuk operasi bantuan banjir, semuanya diserahkan kepada kerajaan pusat.
Di Parlimen, DAP menyalahkan Jabatan Meteorologi kerana tidak memberi amaran kepada mereka mengenai hujan lebat sedangkan ramalan cuaca buruk disiarkan pada 1 November. Tetapi tiada sesiapa memberikan perhatian sehinggalah banjir besar berlaku.
Kerakusan aktiviti pembangunan dan pembukaan tanah yang menyebabkan kerosakan pada alam sekitar menjadi punca kepada banjir teruk di Pulau Pinang. Ketua Unit Pemodelan Alam Sekitar, Pusat Kecemerlangan Forensik Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Hafizan Juahir berkata, melihat kepada kerosakan harta benda dan bencana yang berlaku sewaktu banjir tersebut, ia boleh diibaratkan seperti tsunami kecil.
“Pemotongan cerun serta perataan tanah yang tidak terkawal menyebabkan hakisan tanah berlaku sehingga menjadikan sungai dan parit semakin cetek.
“Selain itu, kerancakan pembangunan tanpa disusuli sistem perparitan yang bersesuaian juga menjadi salah satu faktor berlakunya banjir yang dahsyat di Pulau Pinang,” katanya dipetik Utusan Malaysia.
Fenomena hujan lebat dan ribut berterusan menyebabkan sebahagian besar daripada kawasan di Pulau Pinang ditenggelami air, yang merupakan banjir terburuk dalam sejarah. Kejadian tersebut menyebabkan beberapa kawasan terjejas akibat tanah runtuh dan turut dilaporkan tujuh maut akibat banjir yang berlaku.
Jelas Hafizan lagi, tidak dinafikan hujan lebat yang berterusan hampir 17 jam menjadi punca utama berlakunya banjir tersebut, tetapi ketamakan manusia dalam mengejar keuntungan juga adalah faktornya.
“Inilah harga yang perlu dibayar oleh kerajaan negeri apabila mengabaikan kepentingan alam sekitar, sekecil-kecil tumbuhan di muka bumi ini ada peranannya.
“Maka, berpada-padalah dalam melakukan pembangunan dan ia perlu dilakukan secara seimbang,” katanya.-7/11/2017 (AD)

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.


4 comments:

Anonymous said...

penulis ada masalah otak ni...semabang psai agama... tapi cara penulisan penuh dgn dendam benci... islam ajar ke

Anonymous said...

Aiyaa itu olang PAN sama PH bukan peduli sama rakyat maa! Dia olang cuma peduli pasal politik dan undi rakyat maa! Dia olang bukan penyelamat maa! Dia olang cuma penyelamat politik, kuasa dan anwar selta kroni maa!

Anonymous said...

tempat lain negeri lain tak penah banjir ka? tak kira PH PAN DAP UNMO BN MIC MCA bla bla... otak sama ja jangan nak tunju maksum pui...

Anonymous said...

MB lain tak cakap besak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails