Monday, November 13, 2017

Baru Masuk Islam, Mell Sakura Ingin Bertudung & Ubah Cara Persembahan.



HALAMAN HIBURAN

KUALA LUMPUR, 13 Nov ― Selepas hampir sebulan memeluk Islam, vokalis kumpulan Sakura Band menyatakan hasrat untuk berhijab di atas pentas.


Mell, nama popular Melly Mautius, berkata usaha murni itu turut disokong rakan sekumpulan walau ia mungkin mengambil sedikit masa.

“Anggota band juga menghormati saya mahu bertudung selepas ini.
“Cuma mungkin saya perlu mengubah cara persembahan di pentas apabila sudah berhijab nanti,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Penyanyi Polaroid mengumumkan sudah memeluk Islam awal bulan lalu selepas mendapat sokongan ibunya, Nur Batrisyah, 46.

Pengumuman yang dibuat melalui laman sosial Instagram itu adalah bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-29.  (TKO)


Sila lihat di sini..



IKLAN:
Imej yang berkaitan

'Bukan nak tutup periuk nasi orang kita di Australia' -Utusan Online

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

3 comments:

Anonymous said...

ORANG2 PAN PULA DILAHIRKAN ISLAM TETAPI JIKA MEREKA MENANG MAKA DAP AKAN RAIKAN PAN DENGAN ARAK.

http://www.ismaweb.net/2016/06/dap-akan-sambut-kemenangan-pan-dengan-arak-carlsberg-tiger/

“DAP akan sambut kemenangan PAN dengan arak Carlsberg, Tiger”

BANGI, Khamis – Parti rasis dan cauvinis, DAP akan meraikan calon PAN, Azhar Abdul Shukur dengan arak sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Perkara itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim dalam satu ceramah kempennya sebagai pujukan kepada pengundi Cina supaya mengundi calon PAN.

Joceline Tan dalam tulisannya bertajuk ‘Tough decisions in the rice bowl town of Sekinchan’ yang disiarkan di media liberal The Star hari ini, menyebut bahawa Ng telah berkata, jika PAN menang di Sungai Besar, kemenangan itu akan diraikan dengan Carlsberg, Tiger atau kau (black dog atau Guinness Stout).

Melihat kepada situasi itu Tan berkata, cara Ng berkempen itu, ia memberi gambaran seolah-olah Ng adalah calon yang bertanding.

Ini kerana beliau berpendapat, sebahagian besar yang dipertaruhkan DAP dalam PRK ini adalah PAN yang dianggap sebagai makhluk ciptaan DAP menggantikan PAS sebelum ini.

“Ia juga merupakan satu perjuangan proksi antara DAP dan PAS, yang mana PAN amat bergantung kepada undi Cina,” katanya.

Tan berkata, apa yang dilakukan DAP adalah semata-mata untuk menarik sokongan di kalangan pengundi Cina.

“Ketika dulu pemimpin DAP memujuk Cina untuk menyokong PAS dan kini mereka terpaksa meminta Cina untuk menyokong PAN pula.

Anonymous said...

WALAUPUN DILAHIRKAN ISLAM TETAPI PAN BERSENGKONGKOL DENGAN DAP YG ANTI ISLAM

http://malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/691126-10-bukti-dap-anti-islam-menurut-ridhuan-tee.html

10 Bukti DAP Anti-Islam Menurut Ridhuan Tee

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah parti anti-Islam.

Yang pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak.



Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang, Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, 



Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. 



Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. 

Ketujuh,

DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM.


Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu.

Ke-10 DAP menentang ustaz dan ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak,



“Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.



“Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman,” katanya dalam satu kenyataan.

Anonymous said...

DEMI PANGAKAT DAN JAWATAN PAN SANNGUP BERSENGKONGKOL DENGAN DAP YANG TERANG2 ANTI ISLAM

https://www.menara.my/kata-pakar-dap-memang-anti-islam/

Kata Pakar, DAP Memang Anti-Islam

28 Januari 2017, selepas majlis Hari Terbuka Tahun Baru Cina Ketua Menteri Pulau Pinang di SPICE, Pulau Pinang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, mengeluarkan kenyataan media bahawa beliau telah meminta peguamnya mengkaji kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kerana menyebut bahawa DAP anti Islam. Pelik kenapa baru sekarang Kit Siang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyifatkan DAP anti Islam sedangkan sebelum ini pelbagai pihak turut menyebut perkara sama. Dapatan kaji selidik Institut Darul Ehsan milik Kerajaan Selangor antara 13 hingga 15 November 2015 juga mendapati 64 peratus daripada 1,716 respondennya di Selangor bersetuju DAP anti Islam. Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, juga berpendapat DAP anti Islam. Dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung UMNO pada 10 Disember 2015, Najib menyebut DAP anti perjuangan Islam.


Dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung UMNO pada 1 Disember 2016, Najib menyatakan syiar Islam dan pengamalannya akan tentu diremeh-remehkan sekiranya DAP yang memerintah. Perihal DAP anti Islam juga pernah disebut di dalam khutbah Aidil Adha yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Pahang pada 24 September 2015 yang, di dalam konteks memperkatakan mengenai keperluan umat Islam bergabung dan bersatu suara walaupun berlainan dasar politik, menyatakan “ada di kalangan umat Islam yang menyertai parti DAP yang terang-terang menentang Islam”. Lanjutan khutbah tersebut, Pengerusi DAP Pahang waktu itu, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, pun memberi kata dua kepada Jabatan Mufti Negeri Pahang untuk meminta maaf kepada DAP dalam tempoh lima hari, jika tidak DAP akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. Bagaimanapun, selepas tempoh ini berakhir, hingga sekarang, tindakan undang-undang tidak diambil. Tidak pelik jika ugutan Kit Siang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Hadi ini juga akan tinggal sebagai ugutan semata-mata. Kit Siang pernah mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad pada 13 April 2013 dan terhadap seorang pemimpin kanan sebuah parti lain pada 1 Januari 2016, tetapi ternyata ia ugutan kosong semata-mata. Seperti disebut oleh Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, sewaktu mempertahankan kandungan khutbah Aidil Adha yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Pahang, bahawa dalam beberapa isu membabitkan Islam seperti hudud, DAP menentangnya, bermakna DAP menolak hukum Islam. Siapa yang tidak ingat kenyataan Karpal Singh pada 1990, “hudud, against my dead body”? Sikap DAP terhadap Islam tergambar dalam Perlembagaan DAP yang menyebut bahawa matlamat DAP adalah untuk “mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal”. Walhal Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, telah mengisytiharkan di Dewan Rakyat pada 16 Jun 2014 bahawa Malaysia bukan negara sekular. Lebih jauh lagi, seperti disebut oleh Najib dalam Perhimpunan Agung UMNO 2016, Perlembagaan DAP langsung tidak mengandungi sebarang pengiktirafan ke atas peruntukan Perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia yang menyebut bahawa “Islam ialah agama bagi Persekutuan”. Apa yang ada di dalam Perlembagaan DAP hanyalah “mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi”. Sebab itulah jika dilihat kepada rekod DAP selama ini, perjuangan para pemimpinnya lebih tertumpu kepada kebebasan beragama bagi penganut bukan Islam, sedangkan, hakikatnya, seperti sering disebut oleh pakar perundangan Islam negara, Almarhum Prof Tan Sri Dr Ahmad Ibrahim, penganut Islam juga perlu diberi kebebasan untuk mengamalkan cara hidup mereka mengikut ajaran Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails