KUALA LUMPUR – Suara dan agenda orang Melayu akan terus terpinggir daripada perjuangan DAP susulan keputusan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu semalam menyaksikan hanya dua pemimpin Melayu tersenarai.
Daripada enam pemimpin Melayu DAP yang bertanding bagi merebut jawatan CEC, hanya penolong setiausaha publisiti parti itu Zairil Khir Johari terpilih dengan memperoleh 649 undi, manakala Adun MentakabTengku Zulpuri Shah Raja Puji dilantik sebagai anggota tambahan CEC.
Penganalisis Politik Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, laungan DAP kononnya akan membela nasib Melayu hanyalah umpama menanam tebu di tepi bibir dan sekadar untuk menarik sokongan pada pilihan raya umum.
“Bagaimana DAP mahu membela nasib Melayu di luar parti (rakyat) jika nasib Melayu dalam parti sendiri gagal dibela?” kata Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM) itu ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
“Bagaimana DAP mahu membela nasib Melayu di luar parti (rakyat) jika nasib Melayu dalam parti sendiri gagal dibela?” kata Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM) itu ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Beliau berkata, DAP sebenarnya telah mensia-siakan peluang yang cukup baik untuk memperbaiki imej parti itu dalam kalangan pengundi Melayu Islam yang terbentang luas menerusi pemilihan semula CEC.
“Jika DAP benar-benar serius mahu memperbaiki imejnya dalam kalangan pengundi Melayu Islam, sudah tentulah tokoh-tokoh Melayu Islam yang bertanding dalam pemilihan semula CEC itu, seperti Tengku Zulpuri dan Dr Ariffin Omar akan dipilih,” kata beliau.
Kamarul Zaman berkata, DAP juga sekadar mengekalkan satu kuota Melayu dalam kuota lantikan dengan lantikan Tengku Zulpuri walaupun boleh mengisi anggota CEC dengan lebih ramai pemimpin Melayu.
Pensyarah Kanan Jabatan Sosio Budaya Universiti Malaya Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi pula berpendapat keputusan pemilihan semula parti itu jelas memperlihatkan politik 'kinship' atau ‘kekeluargaan’ terus diterima DAP apabila Lim Kit Siang dan anaknya Guan Eng berada di kedudukan tiga teratas, manakala pemimpin Melayu yang tersenarai mempunyai keperluan strategik demi kepentingan parti.
"Berdasarkan pemilihan dan pelantikan itu, mereka memilih golongan usahawan dan golongan kelas atasan Melayu dan bukan golongan biasa.
"Ayah Zairil (Allahyarham Tan Sri Mohd Khir Johari, pemimpin veteran Umno), jadi beliau dianggap dapat menarik undi dalam kalangan orang Umno, bahawa keturunan Umno tidak semestinya sokong Umno.
"Pelantikan Tengku Zulpuri daripada golongan kelas tinggi pula menunjukkan kononnya golongan itu banyak menyokong DAP atau pembangkang," kata beliau. - Bernama
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.
2 comments:
Apa nak hairan, DAP dengan delagasi Lim Kit Siang, PAS dengan delagasi Hadi, PKR dengan delagasi Anwar dan Umno dengan delagasi pemakan dedak Najib. Kadang-kadang mudah bercakap tapi realitinya hampir semua parti sama sahaja. Ada yang menunggang bangsa dan ada yang menunggang agama untuk survival politik.
Tu penting nya melayu Islam kena kuat, Ni dlm parlimen dok urut janggut dgn teloq takda pendirian Dan lebih memgaibkan Islam ponteng Dewan.Satu sen duit yg kami bayar tak halal dunia akhirat
Post a Comment