Saturday, November 11, 2017

Belum Apa-apa, DAP Seleweng Dana Banjir RM1.185J? Ini..


TRAGEDI banjir besar yang melanda Pulau Pinang baru-baru ini telah menampakkan betapa kerajaan pusat begitu prihatin terhadap nasib rakyat Malaysia tanpa kira apa jua fahaman politik.

Menurut laporan media, sejumlah RM1 bilion diperuntukkan kepada kerajaan DAP Pulau Pinang bagi menguruskan semula keadaan negeri itu pasca bencana di samping bina 13 beting penahan banjir di seluruh negeri berkenaan.
Pada masa sama, DAP Pulau Pinang turut melancarkan tabung derma kilat buat kerajaan negeri berkenaan sehingga menjadi tular dalam kalangan pengguna media sosial tempatan sendiri kerana diragui dari segi ketelusannya!
Ini terbukti apabila Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dengan bangga mengumumkan sebanyak RM6.185 juta berjaya dipungut hasil daripada sumbangan orang ramai dan beberapa buah syarikat pro-parti itu.
Namun begitu, daripada jumlah ini, menurut laporan portal berita propembangkang tersebut semalam, hanya RM5 juta sahaja kemudian diagihkan DAP kepada seluruh rakyat yang terjejas akibat banjir terburuk berkenaan.
Mengikut pecahan, cuma RM500 diberikan kepada lebih 3,000 orang mangsa yang terjejas, setelah mereka dikecualikan daripada bayar bil air untuk dua bulan dan dikecualikan beberapa jenis cukai juga untuk dua bulan.
Menariknya, daripada jumlah diumumkan oleh Kon Yeow ini jika dibandingkan dengan apa yang diumumkan oleh kerajaan negeri sendiri, baki sebanyak RM1.185 juta itu pula tidak diserahkan kepada rakyat Pulau Pinang.
Sedangkan, jika menurut pemahaman sebelum ini, kerajaan DAP negeri itu mengumumkan, setiap hasil derma yang berjaya dipungut, akan diserah balik seratus peratus kepada seluruh rakyat Pulau Pinang terjejas sebagai mangsa.
Timbul persoalan, ke manakah hilang wang RM1.185 juta yang dikutip itu telah dibelanjakan? Kenapa pula masih terdapat baki wang sebanyak itu dan ia disimpan begitu sahaja oleh DAP? Walhal ia dikutip untuk bantu mangsa!
Jika menurut perkiraan kasar, sekiranya RM6.185 juta berkenaan dibahagikan sama rata kepada 3,000 mangsa banjir, setiap seorang mendapat RM2,266 manakala jika cuma RM5 juta, setiap seorang memperoleh RM1,666.
Bukankah agak pelik jika diperhatikan kepada jumlah yang diumumkan sendiri oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng kepada mangsa banjir di Pulau Pinang? Mudah cakapnya kutip banyak tapi agih sikit sahaja… Mana keadilannya?
Benarlah seperti yang disarankan oleh salah seorang pemimpin UMNO di Pulau Pinang yang berkata, sepatutnya, setiap seorang rakyat Pulau Pinang terjejas akibat banjir dahsyat ini wajar menerima RM2,000 setiap seorang.
Malah, amaun ini mungkin akan menjadi lebih tinggi sekiranya kediaman mereka terjejas teruk dan tidak lagi boleh didiami. Kini, terserah kepada Guan Eng untuk menerangkan misteri ke mana hilangnya RM1,185 juta lagi.
Ia kini telah tular dan menimbulkan tanda tanya ramai pihak khususnya di Pulau Pinang kerana pentadbiran negeri itu konon bangga melaungkan konsep ketelusan dan akauntabiliti. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


IKLAN:

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

14 comments:

Nobody said...

Admin,

Apa lagi fitnah kau nak bawa???

Razman Zakaria pun dah kena, Hadi pun dah mula meraban, kau nak tambah lagi???

Orang sedang kelam-kabut pasal banjir. Mungkin ada tersalah cakap sana-sini. Biar mereka selesaikan yang utama dahulu. Kau tulis hari tu pasal orang lain tak datang Pulau Pinang, Hadi ada datang ke???

Kalau kau nak fitnah, Kau tak rasa ke nanti di depan Allah Azzawajalla, kau pun tak terlepas daripada fitnah yang kau dah buat???

Anonymous said...

eh, saman la kalau tak betul.

Nobody said...

Saman tu hak orang yang difitnah. Tapi kita ni orang Islam. Kau ingat kau boleh terlepas dari neraca Allah ke??? Nak sampaikan apa-apapun selidik dulu!!!

Anonymous said...

November 10, 2017 at 11:29 PM

Kalau betul artikel di atas itu fitnah, suruh la guan eng jawab. Yang kamu balacinya buat apa sibuk-sibuk. Tuduh orang lain fitnah pula kerana mempertahankannya.

Kalau dari ustaz-ustaz semua fitnah,dari g/eng semua betul. Belajarlah takut-takut kepada Allah Swt. Allah bersama orang-orang beriman. Si kafir itu musuh Allah.

Nobody said...

Kau tu bukan manusia ke???

Kau tu bukan orang Islam???

Kau pergi baca tafsir surah An Naml ayat ke 20 hingga ke 44. Ratu Saba ketika itu masih menyembah matahari namun Allah membenarkan kata-katanya yang benar!!!

Islam agama kebenaran. Islam menerima kebenaran walaupun datang daripada orang kafir. Islam anti kebatilan walaupun datang daripada orang Islam!!!

habis tu kau nak kata Al-Quran Surah An Naml tu tak betul ke???

Nak suruh orang belajar takut kepada Allah kau sendiri mereka-reka ajaran Islam apahal???

Nobody said...

Aku nak tunjukkan kes-kes fitnah melibatkan ustaz2 kau:-

1. Razman Zakaria kalah kes fitnah melawan DS Nizar

2. Nasarudin At-Tantawi belum bicara lagi hakim dah jatuh hukum suruh bayar gantirugi sebanyak RM10 ribu kepada Lim Guan Eng kerana fitnah

3. YDP PAS Gombak Salehhuddin Nasir membuat fitnah pesta arak dan onani di sebuah hotel di Pulau Pinang

4. YDP Pas Kawasan Padang Serai, Shaharuddin Ibrahim membuat fitnah di Pulau Pinang tak boleh azan

5. Dusuki Abd Rani memfitnah Kerajaan Pulau Pinang dan menipu Bah Kuning di Kelantan tiada kematian

6. Abu Syafiq Al-Asy'ari fitnah Husam kebas duit bantuan banjir RM 1.5 juta

7. Abu Syafiq juga memfitnah Zakir Naik mengkafirkan umat Islam

8. Nasarudin Daud Exco Kerajaan PAS Kelantan yang tak lulus pengajian agama memfitnah Wisma Salor milik PAS, dinafikan tuan punya tanah

9. nasarudin Daud juga memfitnah Husan lari dari debat.

10. Mokhtar Senik Ketua Dewan Ulama PAS Pahang memfitnah Lim Guan Eng tak beri Zakir Naik masuk Pulau Pinang

Tak cukup lagi ke???

Cakap Islam kaki fitnah apa cerita???




Nobody said...

Aku nak tanya kau jugak, jadi walaon kena jadi bodoh jugak ke???

Anonymous said...

Anon November 11, 2017 at 12:41 AM,

"kau sendiri mereka-reka ajaran Islam apahal???"

Ini satu fitnah dan tuduhan.
Buktikan di mana ayat dan rekaan itu?
Menuduh seseorang mencipta ajaran agama itu suatu kesalahan besar.

Satu lagi mengenai An Naml ayat ke 20 hingga ke 44. Cuba baca betul-betul,
ada ke ayat yang menyebutkan 'Allah membenarkan kata-katanya yang benar!!!'


Cepat-cepat bertaubatlah. Na'auzubillahi minzalik.

Nobody said...

Kau yang fitnah. Bila pulak aku kata semua daripada ustaz fitnah, semua daripada guan eng betul???

Aku bukan suruh kau baca terjemahan lah bodoh!!! Aku suruh kau baca tafsir!!!

Kau ni belajar tahap apa yang bodoh sangat macam ni???

Memang dulu kau sekolah tak tinggi ke???

Nobody said...

Kau cuba beritahu aku, mana satu daripada 10 perkara tu ustaz kau tak buat fitnah???

Ada ke pesta onani kat pulau pinang???

Ada ke di pulau pinang tak boleh azan???

Ada ke Wisma Salor milik PAS???

Nak cerita pada aku pasal terjemahan surah An Naml konon!!!

Aku suruh cari tafsir. Dah bodoh ke apa dia ni???

Nobody said...

Kalau kau tu walaon yang cerdik, kau boleh tak tunjukkan pada aku terjemahan dan tafsir tu perkara yang sama???

Dah bangang masih nak pusing2 pulak!!!

Anonymous said...

Mengenai An Naml ayat ke 20 hingga ke 44. Cuba baca betul-betul,
ada ke ayat yang menyebutkan 'Allah membenarkan kata-katanya yang benar!!!'

Kalau ayatnya takde, bagaimana tafsirnya boleh ada?
bangang.

Masih tak jawab lagi, kou kata

"kau sendiri mereka-reka ajaran Islam apahal???"

Ini satu fitnah dan tuduhan.
Buktikan di mana ayat dan rekaan itu?
Menuduh seseorang mencipta ajaran agama itu suatu kesalahan besar.

Kesian, bertobatlah.

Nobody said...

Kau sebut pada aku, kau baca tafsir ke terjemahan???

Kau sebut pada aku ulama mana yang komen pasal tafsir tu??? Adakah yang bernama Imam Az-Zahabi, Imam Assayuti, Imam An-Nawawi atau imam-imam besar yang lain???

Simple je, kau baca terjemahan kau kata dah jawab apa??? Mana otak kau???

Islam adalah agama kebenaran walaupun daripada orang kafir!!! Islam anti kebatilan walaupun datang daripada orang Islam!!!

Baca terjemahan, lepas tu cakap baca tafsir, lepas tu cakap tak ada!!! Memang kalau jadi walaon kena jadi bodoh ke???

Aku boleh beri tafsir dan bukti, kau sebutkan dulu tafsir apa yag kau baca sampai jadi bodoh macam ni!!!

Kau sebut tafsir apa??? Dasar budak tak ada pelajaran, balaci tua kutuk berpeluk dengan syiah perogol dan pembunuh umat Islam laknatullah!!!

Kau baca tafsir mana, kau cakap pada aku??? Sebutkan sekali catatan atau nota ulama, atau pandangannya dengan merujuk pada dalil lain termasuk hadis dan ayat-ayat al-Quran yang lain!!!

Nobody said...

Walaon, aku cabar kau sebutkan tafsir mana yang kau rujuk!!! Dasar bodoh tak sedar diri. Patutlah ditipu Hadi dan geng!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails