... Ambiga sebagai pendatang dan mengaitkannya dengan pelacuran..?
Gabungan Kumpulan Wanita Bertindak bagi Kesamarataan Gender (JAG) menyelar gangguan pelecehan seks dan berbaur perkauman ke atas bekas ketua Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan.
JAG merujuk kepada artikel di sebuah blog yang secara tersirat merujuk Ambiga sebagai pendatang dan mengaitkannya dengan pelacuran.
"Kenyataan ini sangat tidak menghormati wanita dan masyarakat India di Malaysia," kata JAG dalam satu kenyataan pada petang ini.
Gabungan itu merujuk kepada artikel di blog Malaysia Today yang dikendalikan oleh Raja Petra Raja Kamaruddin yang bertajuk "The tale of Indian and White women".
Artikel itu berhubung dokumen mahkamah yang difailkan oleh editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown yang menyebut Ambiga sebagai salah satu sumber laman web itu.
JAG berkata pembela hak asasi manusia wanita sering kali berdepan gangguan dan intimidasi, yang berdasarkan seksisme dan keganasan.
"Pelecehan tersebut mencerminkan corak keganasan yang lebih luas terhadap wanita dalam masyarakat kita.
"Kami menyeru semua pihak supaya henti cuba menutup mulut dan mengganggu pembela hak asasi wanita - dan menegakkan kesopanan serta menghormati masyarakat kita," kata gabungan itu.
Sementara itu, beberapa NGO dan parti pembangkang hari ini membuat laporan polis terhadap Raja Petra kerana didakwa membuat pelecehan seks dan kenyataan perkauman terhadap Ambiga.
Selepas membuat laporan polis di Petaling Jaya hari ini, aktivis hak wanita veteran, Ivy Josiah berkata artikel Raja Petra menunjukkan corak serangan terhadap aktivis wanita di negara ini.
"Setiap kali wanita mengkritik kerajaan, dia tertakluk kepada serangan seksual, ancaman dan gangguan," katanya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dah cuba nak alihkan isu?

Ini Solosi pekerjanya!
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.
No comments:
Post a Comment