Thursday, November 09, 2017

Cara Agihan Bantuan G/Eng Mangsa Banjir K'tan 2014, Dipertikai – Dr Kamarul


Walaupun Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dilihat begitu kritikal sekali terhadap Kerajaan Kelantan dan PAS sewaktu Kelantan dilanda banjir besar pada akhir tahun 2014 dahulu, perlu diakui bahawa beliau memang ada menyumbangkan dana, sama ada bagi pihak Kerajaan Pulau Pinang atau bagi pihak DAP, bagi membantu mangsa banjir di Kelantan.
Jelas tercatat pada akaun Facebook Lim Guan Eng dan akaun Facebook Anthony Loke Siew Fook pada 9 Januari 2015 mengenai agihan sumbangan dana ini.
Mengikut catatan-catatan tersebut, dana RM1.15 juta sumbangan Kerajaan Pulau Pinang diagihkan kepada:
1) Kerajaan Negeri Kelantan (Tabung Serambi Mekah) – RM250,000
2) Yayasan Darul Hijrah (yang dipengerusikan oleh Datuk Husam Musa) – RM200,000
3) Badan Kebajikan Parlimen Kuala Krai – RM200,000
4) Pertubuhan “R” Kelantan – RM200,000
5) 6 NGO – RM260,000
6) SJK (C) Gua Musang – RM20,000
7) SJK (C) Chung Hwa, Temangan, Machang – RM20,000
Mengikut catatan-catatan tersebut juga, dana RM200,000 sumbangan DAP diagihkan kepada:
1) Yayasan Darul Hijrah (yang dipengerusikan oleh Datuk Husam Musa) – RM 50,000
2) Badan Kebajikan Kuala Krai – RM 100,000
3) SJKC Yuk Chai, Kuala Krai – RM 50,000
Saya tidak mempunyai rekod mengenai identiti 6 NGO ini, sekadar ingat-ingat lupa sahaja.
Bagaimanapun, semalam, Ustaz Che Ibrahim Mohamed telah mengesahkan menerima dana RM60 ribu bagi pihak PASMA Kelantan.
Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, juga ada menulis pada 29 Januari 2015 begini: “Apapun, terima kasih terhadap huluran derma RM40 ribu untuk Jabatan Amal Kelantan. Sedikit kecewa kerana pihak Dewan Pemuda PAS Kelantan bahkan Jabatan Amal hanya mengetahuinya selepas ia diserahkan oleh pihak Yang Amat Berhormat kepada pihak ketiga. Jika kami mengetahuinya terlebih awal, sudah tentu kami sendiri akan menyambut dari tangan Yang Amat Berhormat.”
Portal berita DAP, Roketkini, bagaimanapun tidak memberikan gambaran yang tepat mengenai agihan sumbangan dana Kerajaan Pulau Pinang dan DAP ini di mana sesatunya laporannya mengenai agihan sumbangan dana ini mencatitkan pada 10 Januari 2015 begini:
“Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyerahkan sumbangan wang berjumlah RM1.15 juta dan barangan keperluan asas mangsa banjir, sebahagian dari keseluruhan RM1.5 juta sumbangan kepada wakil negeri Kelantan, semalam. Penyerahan sumbangan wang dalam bentuk cek kepada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan negeri Kelantan oleh Guan Eng kepada ADUN Salor, Datuk Husam Musa dibuat dalam satu majlis ringkas disaksikan orang ramai di hadapan Pasar Kuala Krai. Meskipun bukan majlis rasmi, penduduk Kuala Krai yang menyaksikan upacara tersebut turut mengucapkan terima kasih dan mengambil peluang bersalaman dan bergambar bersama pimpinan Pakatan Rakyat. Hadir sama, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli, Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke dan Exco Pulau Pinang Datuk Malik Kasim.”
Jika dilihat kepada catatan Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, serta beberapa catatan pihak lain, apa yang menimbulkan sedikit keributan dalam soal ini hanyalah tindakan Lim Guan Eng menyerahkan sumbangan dana itu bukan melalui wakil rasmi Kerajaan Kelantan sahaja yang memberikan gambaran seolah-olah beliau cuba berpolitik.
Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).
IKLAN:

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.

Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

3 comments:

  1. apa la nak dol sangat LGE nak bagi sapa apa koa org peduli. yg nak kira bila bantuan dap kerajaan sap yg tima tu yg patut diteliti ngok betui yg pertikai LGE.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih tapi kemana bantuan diagihkan.

    ReplyDelete
  3. Kutipan derma RM5.1 juta tapi kerajaan Pulau Pinang bagi untuk semua yang libat RM500 kepada lebih 12 ribu penduduk yang terjejas banjir. Jadi kiraannya RM6 juta diperlukan. Manakala sekarang derma-derma yang diterima juga sudah disalurkan kepada mangsa dengan bantuan-bantuan membersihkan rumah dan makan minum serta peralatan asas yang diperlukan. Banyak juga bantuan dari luar yang datang NGO dan parti-parti politik yang disalurkan terus kepada mangsa.

    ReplyDelete