Singapura: Prejudis perkauman masih lagi wujud di negara Singapura terutamanya di kalangan anak muda kaum Cina terhadap kaum India secara amnya, lapor MSN.
Fakta ini diperoleh selepas Channel NewsAsia menjalankan satu eksperimen sosial di mana seorang wanita India Singapura menjadi tetamu sebuah keluarga Cina Singapura dan berhadapan dengan prejudis perkauman terutamanya daripada anak-anak keluarga terbabit.
Menurut Divyadharshini yang menjadi tetamu kepada keluarga Cina tersebut, anak-anak tuan rumahnya mempamerkan sikap tidak selesa dengannya.
“Anak lelaki keluarga itu bahkan terkejut apabila mengetahui saya juga merupakan warganegara Singapura. Manakala anak perempuan mereka pula tidak menyukai orang India tanpa apa-apa sebab.”
“Mereka juga asyik bertanya mengenai bindi (pottu) saya sehingga membuatkan saya berasa sedikit terhina.”
Walaupun dokumentari itu berakhir dengan baik, namun ia memberi kesan kepada majoriti rakyat Singapura selepas menyedari bahawa golongan yang jarang (atau sengaja tidak mahu) berinteraksi dengan kaum yang berbeza masih lagi wujud pada masa kini. Republik yang sering dijadikan contoh sesetengah pihak di Malaysia sebagai sebuah negara meritokrasi terbaik baru-baru ini memutuskan untuk mempunyai seorang Presiden Melayu setelah 47 tahun lamanya.
Republik pulau tersebut juga saban tahun mengimport pendatang China untuk dijadikan warganegara bagi mengimbangi populasi Melayu yang saban tahun mengalami kadar pertumbuhan positif berbanding dengan etnik Cina. (menara.my)
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
1 comment:
Apabila pemimpin parti kafir harbi di sebuah negeri berkata "Melayu puk
.... mak!", mengapa orang Melayu dalam parti tersebut tidak keluar dari parti tersebut? Adakah dedak lebih penting dari maruah diri mereka sendiri? Adakah mereka telah menjadi lembu dicucuk hidung sehinggakan superman parti kafir harbi berani berkata parti dia guna Melayu skru Melayu?
Post a Comment