1. Dahsyat sekali perkembangan terkini politik Timur Tengah disebabkan seorang individu. Kemaraan terkini percaturan Putera Mohammad Bin Salman, Putera Mahkota Arab Saudi sebenarnya perlu dibaca menerusi pelbagai sudut pandangan.
2. Strategi beliau wajib difahami di tiga peringkat:
- politik dalaman Arab Saudi;
- politik serantau Timur Tengah;
- dan juga politik imbangan kuasa-kuasa besar dunia melibatkan Amerika Syarikat, Rusia, dan China.
4. Individu yang memegang kunci ekonomi turut diketepikan seperti Putera Alwaleed Talal dan Menteri Ekonomi Adel Fakeih. Percaturan sebegini meletakkan beliau sebagai pusat kuasa yang perlu digeruni dan ditaati sepenuhnya di Arab Saudi yang diperkukuhkan dengan ‘rally-round-the-flag effect’ menerusi naratif ancaman Iran.
5. Strategi beliau di peringkat rantau Timur Tengah pula tidak perlu diperkenalkan lagi. Hancur binasa bumi Yaman. Qatar ditekan dengan hebat. Perdana Menteri Lubnan ditekan hingga letak jawatan. Aset ketenteraan Amerika Syarikat dibeli besar-besaran. Pakatan Tentera ala-NATO Arab cuba diwujudkan. Iran menjadi sasaran untuk dimusnahkan atas sebab peluasan pengaruh Tehran bersama Houthi di Yaman, di Lubnan, Syria, dan Iraq.
6. Kesemua langkah ini meletakkan Riyadh sebagai peneraju utama politik Timur Tengah, dan bukan lagi semata-mata berdiam diri melihat kuasa lain seperti Turki di bawah kepimpinan Erdogan yang selama ini dilihat lebih banyak terkehadapan.
7. Tiada siapa mampu nafikan percaturan Mohammad Bin Salman dalam sektor geo-ekonomi juga tidak kurang hebatnya berbanding dengan percaturan geo-politik beliau. Antaranya seperti keberanian mengisytiharkan sebahagian saham syarikat minyak gergasi Saudi Aramco bakal dibuka untuk Tawaran Awam Permulaan (IPO). Kebergantungan ekonomi Arab Saudi ke atas petroleum cuba dikurangkan melalui Visi 2030 yang beliau terajui.
8. Ramai yang menyatakan risiko sekiranya dasar dan politik Arab Saudi terus tidak stabil, ekonominya juga akan turut menerima kesan buruk antaranya seperti kebimbangan para pelabur. Walau bagaimanapun, keadaan sebaliknya semakin jelas berlaku iaitu pengukuhan kuasa Mohammad Bin Salman bakal menjadikan kerajaan monarki Arab Saudi berada dalam keadaan yang kukuh dan terpusat.
9. Arab Saudi sering dilabel sebagai ‘proksi’ Amerika Syarikat kerana mementingkan keuntungan pelaburan petroleumnya dalam mata wang Dollar Amerika serta memesatkan pembelian aset persenjataan dengan Washington. Terkini pembelian aset persenjataan bernilai melebihi USD 100 bilion sewaktu lawatan Presiden Donald Trump sewaktu Riyadh Summit baru-baru ini.
10. Walau bagaimanapun, sekiranya diamati secara lebih terperinci dan lebih mendalam, Putera Mohammad Bin Salman turut mencaturkan imbangan kuasa ketenteraan dengan dua pesaing utama Amerika Syarikat, iaitu Rusia dan China. Sewaktu lawatan Raja Salman ke Moscow pada Oktober 2017, Arab Saudi bukan sahaja bersetuju untuk membeli sistem pertahanan udara buatan Rusia yang terkemuka S-400, bahkan juga menandatangani persetujuan pemindahan teknologi ketenteraan Rusia ke Arab Saudi dalam pakej keseluruhan yang dianggarkan berjumlah USD 3 bilion.
11. Malah dengan gergasi Asia iaitu China pula, Arab Saudi di bawah Mohammad Bin Salman baru sahaja menandatangani pembelian aset persenjataan bernilai sebesar USD 70 bilion apabila Timbalan Perdana Menteri China Zhang Gaoli melawat Arab Saudi selama tiga hari dari 23 Ogos ke 25 Ogos 2017 baru-baru ini. Percaturan kuasa ketenteraan Arab Saudi antara Amerika, Rusia, dan China ini menunjukkan ada perancangan strategik yang sedang diatur untuk jangka masa panjang oleh Mohammad Bin Salman yang perlu diikuti rapat.
Abdul Muein Abad
Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.
2 comments:
Kalau dia berjaya boleh la stabil. Kalau tak? Hancurla saudi. Perang di yaman lawan kabilah houthi pun tak menang, siap houthi tawan beberapa kawasan di wilayah asir, jizan dan najran, wilayah ni semua dalam saudi ok. Sekarang ada hati lagi nak mula perang dgn lubnan, lawan hezbollah yg jauh lebih kuat. Ingat keluarga raja saudi nak diam diri ka? Mana pergi adik beradik dan anak pinak bin Nayef, bin Abdullah, bin Talal, dan bin Fahd? Mana pula pergi Ahmad, Muqrin, Talal dan suku sakat yang lain? Arab ni kan berpuak2 taat setianya...
T.kasih. Pandangan yang baik. Al-hamdulillah!
Post a Comment