Wednesday, November 01, 2017

DAP Guna Strategi Rumah, Untuk Ubah Geopolitik Di PP.


AIDCNews -31/10/17-Kerajaan DAP Pulau Pinang didakwa telah menggunakan strategi perumahan untuk mengubah geopolitik di negeri itu.
Perkara ini didedahkan Mohd Zairi Said dalam satu tulisan di Penangkini.
Mengambil contoh di Kg. Terang, Balik Pulau, Mohd Zairi berkata geopolitik pengundi di kawasan itu berubah dengan sekelip mata disebabkan projek perumahan yang diusahakan kerajaan DAP Pulau Pinang.
“Jumlah rumah di Kg. Terang, Balik Pulau ada 313 buah. Jumlah penduduk sekitar 600 orang.
“Di kampung yang sama, Kerajaan DAP luluskan pembinaan Pangsapuri Rimbun yang ada 400 pintu. Katakan satu pintu akan duduk minimum 3 orang. Makna kata akan ada 1,200 orang bertambah sekelip mata di Kg. Terang. Itu minimum 3 orang satu pintu tu.
“Projek ini telah siap dan khabarnya lebih dari 90% penerima adalah orang luar. Keadaan ini pastinya akan beri kesan yang sangat mendalam kepada geopolitik di Kg. Terang dan Balik Pulau,”katanya.
Selain projek pangsapuri, Mohd Zairi mendedahkan Kerajaan DAP juga turut membina rumah-rumah mewah yang sudah semestinya tidak mampu dimiliki oleh penduduk tempatan.
“Sebelum ini Kerajaan DAP banyak beri kelulusan bina rumah-rumah mewah di sekitar Balik Pulau. Kebanyakannya kini kosong tidak berpenghuni. Orang tempatan tak mampu beli. Yang beli orang luar. Mereka beli bukan untuk tinggal tapi untuk jadikan aset. Entah berapa nama agaknya di rumah-rumah berkenaan didaftarkan sebagai pengundi.
“Ini semua cabaran. Cabaran buat warga Balik Pulau mempertahankan geopolitik sedia ada,”katanya lagi.
Peta Kampung Terang, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang
Imej yang berkaitan
Imej yang berkaitan



giant-hypermarket5 Pasaraya Giant 
Akan Ditutup Serentak 5 November Ini..
Ini Solosi pekerjanya!
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails