KUALA LUMPUR: Wakil rakyat DAP mempertikaikan tindakan Putrajaya “menyimpan” Zakir Naik yang dikehendaki pihak berkuasa, selepas Agensi Penyiasatan Kebangsaan India (NIA) dilapor menyerahkan laporan siasatan terperinci dan memohon kebenaran Kementerian Dalam Negeri India untuk mendakwa penceramah kontroversi itu.
M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) mahu kerajaan menyatakan sama ada Malaysia akan membantu tindakan undang-undang terhadap Zakir, yang diberi taraf penduduk tetap sejak 5 tahun lalu.
“Sudah ada bendera merah. Ada tindakan dari kerajaan India. Maka saya hendak bertanya apakah kerajaan akan bekerjasama dengan India untuk menghantar balik seseorang seperti ini?” katanya di sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.
Kulasegaran turut mempersoalkan mengapa Zakir diberi layanan istimewa ketika keistimewaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ditarik balik.
“Tular satu video dimana dia dapat layanan VVIP, polis pengiring ke mana-mana di dalam negara ini, sedangkan Tun Dr Mahathir Mohamad pula ditarik kembali khidmat polis pengiring.
“Seseorang yang dicari kerajaan India dan Interpol untuk diambil tindakan ke atasnya tetapi Malaysia ‘simpan’ dan berikan bermacam-macam keistimewaan.
“Adakah kerana dia adalah Zakir Naik? Umno dan parti-parti lain memerlukan sokongan dia maka ada satu undang-undang untuknya dan orang lain?” ujarnya.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi sebelum ini menafikan kerajaan memberi layanan istimewa kepada Zakir. Beliau berkata pihak berkuasa sentiasa memantau aktiviti ceramah penceramah dari India itu, dan kerajaan tiada alasan untuk menangkap dan menahannya kerana Zakir tidak melanggar undang-undang negara.
Pada 27 Oktober lalu, akhbar Times of India melaporkan NIA menyerahkan laporan siasatan terperinci ke atas dakwaan aktiviti pengganas Zakir Naik kepada Kementerian Dalam Negeri India dan memohon kebenaran untuk mendakwa Zakir yang melarikan diri dari India dan diberi status penduduk tetap di Malaysia.
Akhbar itu berkata langkah itu ke arah memohon ekstradisi dari Malaysia dan Arab Saudi, dua negara yang diketahui menjadi tempat tinggal Zakir. Kali terakhir Zakir dilihat pada 29 September menyertai solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya. Gambar beliau bersama jemaah dimuatnaik di Facebook dan tersebar di media sosial.
Akhbar itu berkata kementerian dimaklumkan siasatan terhadap Zakir sudah selesai dan peranannya meradikalkan belia Islam di India menyertai “jihad” disokong bukti yang kuat. Turut dikumpul ialah bukti atas dakwaan beliau menyebarkan permusuhan antara kumpulan agama dan menganggu keharmonian masyarakat.
Times of India melaporkan NIA akan memfailkan kertas pendakwaan terhadap Zakir, rakan niaganya dan Yayasan Penyelidikan Islam (IRF) yang diasaskan Zakir sejurus kementerian memberi kebenaran mendakwa penceramah itu. (TKO)
IKLAN:
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.
No comments:
Post a Comment