Monday, November 27, 2017

Datuk Ir Amiruddin, ADUN PAS Sertai PPBM Tidak PAN.


ALOR SETAR, 7 Rabiulawal 1439H, Ahad – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah mengumumkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Pengumuman itu dibuat Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam satu sidang media, hari ini.
“Saya dengan sukacita mengumumkan menerima permohonan untuk menjadi ahli dari Yang Berhormat Datuk Amiruddin Hamzah, ADUN Anak Bukit.
“Beliau juga merupakan ketua pembangkang di negeri Kedah. Ini perkembangan yang sangat-sangat dialu-alukan oleh kami di Bersatu,” kata Mukhriz.
Amiruddin yang juga bekas pimpinan Jemaah Islam Malaysia (JIM) berkata, faktor beliau memilih Bersatu adalah kerana mahu memastikan Pakatan Harapan berjaya mengalahkan BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU14) nanti.
“Ini keputusan yang saya buat dengan penuh sedar dan dengan konsultasi rakan-rakan, dan juga dalam kawasan dan sebagainya.
“Saya rasa ini adalah satu keputusan yang terbaik yang dapat saya buat bagi memastikan perjuangan untuk menjatuhkan kerajaan kleptokrat, yang telah memberi kesengsaraan kepada rakyat dapat dilakukan dengan baik dan jayanya,” katanya.
Amiruddin dilihat memilih jalan berlainan dengan rakan-rakannya yang menyertai Parti Amanah Negara (PAN).
Sementara itu di Shah Alam, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Sinar Harian, hari ini. “Beliau masih mempunyai beberapa tanggungjawab dalam bai'ah yang beliau lafazkan,”
Tuan Ibrahim membuat kenyataan itu selepas diminta mengulas mengenai tindakan Adun Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah yang mengambil keputusan menyertai Bersatu.

Tuan Ibrahim berkata, walaupun terkejut dengan tindakan Amiruddin, namun Pas menghormati keputusan tersebut.

“Saya secara peribadi terkejut dengan tindakan beliau, kerana beliau bukanlah golongan yang bermasalah dengan parti dan seorang yang mudah berbincang.
”Namun Pas menghormati keputusan beliau,” katanya. (IH)


Lihat sebelum ini..

7 comments:

Anonymous said...

Tak kiralah di mana dia pergi,yg penting dia tak masuk umno.

Anonymous said...

Eloklah pengkhianat keluar dari parti Islam untuk menjadi barua parti Kuali bocor, parti Mahafiraun, Parti Kencing Rakyat dan parti Ultra Kiasu Roket.

Anonymous said...

Biasalah manusia yang tidak ikhlas memperjuangkan Islam akan meninggalkan parti Islam semata-mata kerana tidak dipilih menjadi calon pru14. Maka mereka menjelma menjadi katak terus lompat parti menyertai parti liberal pimpinan parti kafir harbi. 300 munafik pernah keluar dari pasukan tentera Nabi untuk melemahkan tentera Islam tetapi puak munafik gagal. Sejarah berulang.

Anonymous said...

Kegemaran katak melompat parti berulang kali akan menyebabkan akhirnya ia jatuh ke dalam tangki najis dan terperangkap di dalamnya.Lompat si katak lompat , lompat tinggi-tinggi masuk mulut ular.

Anonymous said...

Terperanjat Biawak den....dari parti cap surga ,tiba tiba berpindah kepada parti cap dunia..tak gentar dengan lafaz bahlul, ops miss typo pulak. Lafaz Baiah ? Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Terperanjat biawak? Wah barua roket 20:15 am adalah seekor biawak. Maka tidak hairanlah dia mempunyai lidah biawak suka mempermainkan sumpah baiah.Ptui !

Anonymous said...

Pembetulan: Wah barua roket 10.15am adalah seekor biawak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails