Monday, November 20, 2017

Di M'sia, Larang Bertudung Kalau Nak Kerja.. Pengalaman Gadis Ini.



LARANGAN bertudung di Malaysia? Merepeklah! Tipulah!

Itu adalah pemikiran saya dahulu. Saya rasa takkanlah di Malaysia, majoriti muslim ni pon nak larang. Tak percayalahhh.. tapi bila terkena batang hidung sendiri, baru tahu betapa parahnya Malaysia sekarang ni. Ini serius, tak kelakar (dalam nada sinis).


Ya, saya salah seorang muslimah yang terkena dengan larangan bertudung utk bekerja ini secara halus. Pernah pergi ‘interview’ salah satu NGO sebagai seorang ‘field researcher‘ di mana tugasannya akan banyak berada di dalam hutan berminggu-minggu malah mungkin berbulan.

Sebelum di ‘interview’ saya diberi questionnaire untuk dijawab yang mana kebanyakan soalannya perihal agama (do you perform religious meditation/rituals, do you perform any diet or fasting, and such..) pelik juga awalnya.

Tapi teruskan sahaja menjawab sambil berpegang dengan jatidiri sebagai seorang muslimah! Bila di ‘interview’ soalan-soalan itu juga yang ditanya balik. Adakah saya perlu memakai tudung 24 jam, adakah saya perlu berpuasa, adakah saya melakukan solat 5 waktu, adakah saya seorang yang sangat ‘religious’.

Saya menjawab secara jujur sambil berpegang dengan pendirian sebagai seorang muslim. Tapi makin lama soalan semakin pelik.

Dalam hati.. “kau ni dah kenapa tanya soalan macam tu, dah tentu-tentu kau duduk Malaysia, walaupun Cina tapi macamlah tak faham norma orang Islam..pfttt”

Rupa-rupanya akhir kalam, selepas berbasa-basi, secara jujurnya orang yang mereka cari dan berharap saya menuruti adalah:
  • Tidak boleh pakai tudung;
  • Tidak boleh berpuasa;
  • Tidak boleh solat
Alasannya:
  • Mereka takut saya pengsan jika pakai tudung dalam cuaca yang tak menentu dalam hutan;
  • Mereka takut saya pitam jika berpuasa sambil menjalankan tugasan yang berat;
  • Mereka tidak mahu ibadah solat melambatkan perjalanan rakan2 yang lain.
Saya senyum. Dalam hati, sangat-sangat marah sambil merenung betapa umat Islam dahulu berpegang dengan syariat Islam, walaupun sedang berperang, sedang berhijrah, bahkan sedang dikurung!

Mereka tidak pernah melonggar-longgarkan ibadah mereka. Semuanya dikerjakan tanpa sebarang masalah. Saya perlu tegas!

Saya jawab dengan baik, “saya orang iIslam memang itu semua kewajipan bagi saya. Tiada masalah bagi saya walau dimana dan cara bagaimana sekalipun..” (hey, I survive in Sarawak! where the muslims are not the majority.)

Tapi dia tetap tak puas hati! Dia masih memprovok saya dan menggunakan kaedah diplomasi supaya saya melonggarkan sedikit kewajipan saya, seperti:
  • Boleh nak pakai tudung, tapi tak boleh menutupi leher; 
  • Tak perlu berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan, gantikan je; 
  • Solat-solat tu, qada’kan je selepas kerja.
Saya senyum lagi. Dalam hati, “eh Cina ni..pandai pulak ganti-ganti, qada’-qada’ ni. Maksudnya dia tahu la Islam ni macam mana..hmm memang Islam ni kau yang punya nak gubal sesuka hati.”

Dia dapat rasakan saya masih berpegang dengan pendirian saya, jadi sebagai kata akhir dia suruh saya fikir-fikirkan semula untuk menerima kerja tu. Saya tak terima tawaran kerja tu.

Bukan sebab iman nipis senipis kulit bawang, bukan juga sebab tak mampu terima cabaran untuk bekerja sambil berpegang dengan jatidiri muslim, dan bukan juga kerana mereka Cina (mind you, i befriend with Indians, Chinese, and Ibans too).

Tapi kerana saya taknak bersekongkol dengan sebuah institusi pekerjaan yang memandang remeh dan menjadikan syariat islam sebagai satu bahan jenaka (ya, mereka gelak secara sarkastik ketika nak menegakkan hujah mereka untuk tidak patuh dengan suruhan dan larangan org Islam. How dare!)

Setiap muslimah ada hak untuk bekerja apa sahaja pekerjaan yang mereka sukai tanpa perlu melonggarkan jatidiri mereka sebagai muslimah! Tak kisahlah jika anda bukan orang melayu (islam), jika anda rakyat Malaysia, anda sepatutnya faham dengan undang-undang islam yang memang dah termaktub dalam perlembagaan Malaysia untuk dihormati!

Apatah lagi jika anda memang seorang Melayu (Islam) tapi tetap menyokong larangan bertudung di tempat kerja.
Shame! Shame on you..

Artikel ini diambil daripada Facebook Hanan Humaira Rozali


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Demi nama baik Malaysia pihak bertanggung jawab, sila ambil tindakan. Pihak yang terlibat atau mangsa sila buat laporan polis.

Lihat sebelum ini..

2 comments:

Anonymous said...

KEJAHATAN OLEH KAPITALIS2 PENDOKONG LIBERAL SEKULAR PH TAk ADA BRAKE SAMA SEKALI. HANYA ORANG2 ISLAM KELIRU YG AKAN MENYOKONG PH (PAKATAN HASAD) WAHAI LIBERAL SEKULAR YG TERTELAN PIL KUDA PAKATAN HASAD, BERTAUBATLAH KAMU

http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

KATA PEDANG: Bukti-buktiAPABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam. DAP anti-Islam semakin viral

Tinta Mohd Yusri said...

Kenapa DAP plak yg di persalahkan..kenapa x sebut MCA, GERAKAN.. bodoh punya komen

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails