KUALA LUMPUR 25 Nov. - Pucuk kepemimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa menyembunyikan rekod kewangan parti yang antara lain menghuraikan sumbangan atau derma yang diterima daripada pihak luar.
Pengasas PPBM, Kamarul Zaman Habibur Rahman yang tidak lagi bersama parti itu mendedahkan, berdasarkan Perlembagaan PPBM, parti sepatutnya mengisytihar sumbangan dana atau derma kepada Majlis Pimpinan Tertingginya, namun setiap kali beliau hadir ke mesyuarat parti perkara itu tidak dibuat.
Dakwanya, keadaan itu amat mengelirukan beliau serta ahli-ahli PPBM kerana parti selama ini begitu melaung-laungkan soal ketelusan dan mengkritik musuh politik yang didakwa tidak mengamalkan integriti tinggi.
“Saya ingin melihat PPBM mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya (AGM) kerana mahu ahli-ahli mempersoalkan perkara ini. Saya harapkan ada ketelusan untuk mengisytihar berapa jumlah dana yang dikumpul daripada ahli dan derma yang diterima.
“Selama ini PPBM mengkritik pihak luar kononnya ada berlaku penyelewangan, tetapi mereka sendiri tidak pernah isytiharkan kewangan sendiri (kepada ahli parti),” katanya semasa menjadi seorang daripada ahli panel bual bicara bertajuk Krisis Perlembagaan PPBM: Apa Kesudahannya? di sini Khamis lalu.
Beliau mendakwa, terdapat kemungkinan AGM sengaja tidak mahu diadakan oleh PPBM kerana terdapat beberapa individu yang kini memegang jawatan tinggi di dalam parti tidak mahu kedudukan mereka tergugat.
Beliau juga percaya sekiranya AGM PPBM diadakan, satu malapetaka boleh berlaku terhadap parti itu memandangkan ahli-ahlinya sendiri mempunyai banyak perkara mahu yang dipersoalkan terutamanya mengenai kedudukan dan perjuangan parti.
“Sikap pucuk kepemimpinan PPBM mengecewakan dan membuatkan ahli-ahli parti yang selama ini bertungkus-lumus mencari ahli baharu, menghabiskan wang ringgit dan tenaga untuk menggerakkan parti menjadi mangsa keadaan,” katanya.
Pada masa sama, kata beliau, kegagalan PPBM mematuhi Perlembagaannya untuk mengadakan AGM dalam tempoh setahun atau meminda Perlembagaan tanpa mendapat persetujuan perwakilan sudah dijangka sewaktu parti itu belum ditubuhkan lagi kerana mendapati pimpinan tertingginya tidak mengambil tahu usaha menggerakkan parti di peringkat negeri dan bahagian.
“Mungkin ada perkara lain bermain di fikiran mereka yang baru dipecat daripada UMNO. Tetapi kerana tidak mempedulikan soal parti, PPBM semakin lama semakin bermasalah,” katanya.
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
2 comments:
Dalam keadaan keperluan hidup yang lebih baik dan mewah, dalam perkembangan ekonomi yang dikatakan kembang tetapi poket rakyat kuncup...ahli politik ada bisnesnya tersendiri.
Teori ekonomi, tawaran atas permintaan.
Ekonomi dikatakan kembang diwaktu poket rakyat kuncup? Teori ekonomi mana kamu rujuk? Teori ekonomi LGE banglo terlajak murah? Hahahahah ! Fakta: Permintaan dan penawaran akan berkurangan jika rakyat kekurangan wang !
Post a Comment