Sunday, November 05, 2017

Gempur Tangani Banjir, Khidmat M'sia, Jabatan Amal, Briged Muslimat &Tabung..


 1.     Saya mengarah kepada semua PAS Kawasan-kawasan yang terlibat dengan banjir untuk membuka bilik gerakan di kawasan masing - masing untuk menyelaraskan bantuan banjir.


2.     Semua entiti PAS termasuklah Khidmat Malaysia, Jabatan Amal Malaysia, Briged Muslimat dan sebagainya hendaklah diaktifkan dengan segera dengan mengumpulkan anggota untuk melaksanakan gerak kerja bantuan banjir.
3.     Ketua Penyelaras Bilik Gerakan Banjir BPPN Pulau Pinang adalah Saudara Norazman bin Ishak manakala Ketua Operasi Banjir Negeri adalah Saudara Bahrin bin Ahmad, Pengarah Jabatan Amal Negeri Pulau Pinang.
4.     Penyelaras Bilik Gerakan Banjir peringkat PAS Kawasan adalah Naib Yang DiPertua PAS Kawasan dan Ketua Operasi peringkat kawasan adalah Komanden Amal Kawasan.
5.     Dengan ini saya juga melancarkan 'Tabung Bencana Banjir B PPN  Pulau  Pinang', sila uar-uarkan dan salurkan derma dalam bentuk tunai di akaun Maybank BPPNPP :  5574 01508611. 
Kumpulkan bantuan derma dalam bentuk barang keperluan seperti beras, gula, minyak dan sebagainya untuk disalurkan segera kepada mangsa banjir.
Senaraikan dan hubungi individuyang boleh meminjamkan jentera seperti kenderaan 4x4, bot penyelamat, chain saw, water pumpdan sebagainya untuk gerak kerja misi bantuan banjir.
6.      Insya-Allah, PAS akan kerjasama dengan agensi kerajaan yang terlibat seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, APMM untuk melaksanakan gerak kerja bantuan banjir.
Moga Allah mempermudahkan usaha kita.
USTAZ MUHAMAD FAUZI YUSOFF
Pesuruhjaya
PAS Negeri Pulau Pinang
5 November 2017

giant-hypermarket

5 Pasaraya Giant Akan Ditutup Serentak 5 November Ini..
Ini Solusi pekerjanya!
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

No comments:

Post a Comment