Terkenang Guan Eng Kutuk Banjir Di Kelantan…
FALSAFAH politik ‘tiada hujan, tiada banjir’ pernah diungkapkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng ketika menjawab isu bencana banjir kilat di Pulau Pinang pada tahun lalu.
Namun, alasan manis daripada Setiausaha Agung DAP itu nampak gayanya gagal meyakinkan rakyat apabila tiada tindakan serius dalam menangani masalah banjir kilat terutamanya ketika hujan lebat.
Sehinggalah semalam, negara dikejutkan dengan berita bencana banjir kilat terburuk apabila lebih 80 peratus kawasan di semua daerah negeri itu ditenggelami air.
Tiga mangsa termasuk dua ( setakat ini sudah lima) warga emas dilaporkan terkorban di dalam lokasi berasing manakala ribuan lagi mangsa banjir kini sedang menantikan bantuan daripada anggota penyelamat dan sukarelawan.
Pelbagai bantuan daripada Kerajaan Pusat telah disegerakan sejak awal pagi meliputi Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Guan Eng turut dikatakan menghubungi terus Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kira-kira jam 3.30 pagi bagi meminta bantuan Angkata Tentera Malaysia (ATM) mengendalikan situasi banjir yang semakin buruk.
Sememangnya tanggungjawab kerajaan pusat adalah menyalurkan bantuan sewajarnya walaupun negeri tersebut di bawah pentadbiran pembangkang.
Malah, Kerajaan PAS Kelantan hari ini turut mengumumkan bantuan segera sebanyak RM50,000 dan menghantar sukarelawannya bagi membantu mangsa-manga banjir.
Ironinya, Guan Eng pada awal tahun ini pernah mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan apabila menggambarkan Kelantan seperti tiada kerajaan ketika bencana banjir besar yang melanda negari Serambi Mekah itu.
Dalam satu rakaman video yang diambil ketika sambutan Majlis Sambuan Tahun Baru Cina Pakatan Harapan 2017, Guan Eng dengan megahnya menggambarkan Kelantan seoalah-olah negeri muflis tidak berduit!
“Ini adalah negeri bankrap, negeri yang sudah bankrap itu sebab pemimpian dia bangkrap,” katanya yang turut mengatakan punca banjir di negera itu disebabkan bukit-bukit ditarah.
Tidak setakat itu, Guan Eng turut mempersoalkan ekonomi Kelantan apabila penjawat-penjawat awam di negeri itu yang disifatnya ‘tak mampu dibayar gaji’.
“Mampukah nak bayar gaji kakitangan kerajaan sehingga kena pinjam wang daripada kerajaan persekutuan, ini adalah negeri gagal,” katanya.
Pemimpin tertinggi Pakatan Harapan itu juga pada dua tahun lalu pernah menuduh kononnya banjir yang berlaku di Kuala Lumpur disebabkan rasuah dalam kerajaan Barisan National.
Kini bagaikan menjilat ludah, Guan Eng kembali meminta bantuan daripada pihak-pihak yang pernah diludahnya dan mungkin selepas ini beliau akan senyap ‘seketika’ meredakan isu banjir. Apa-apa pun, DAP menang, rakyat Pulau Pinang berenang! – MYNEWSHUB.CC
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.
Paling kurang pun mangsa banjir Pulau Pinang x merempat macam mangsa banjir di kelantan, smpai hari merempat..
ReplyDeleteSiapa yang merempat?
ReplyDeleteBukan macam melayu p.pg..
Hari ini di pp banjir akibat hujan lebat 15 jam, LGE dikutuk kerana mulut celupar.....esok kelantan, trengganu, kedah, johor dan pahang akan banjir pula, nak kata apa..? musim tengkujuh, biasalah.... beberapa bulan lepas banjir berlaku di melaka dan n9, tempat tak pernah banjir, nak kata apa pula..? nak kutuk siapa pula?
ReplyDeleteBetullah balaci jilat juboq lim guan eng..
ReplyDeleteWaktu guan eng kutuk banjir Kelantan dia diam sokong, tak sebut'musim tengkujuh, biasalah...'
La ni dia seronok jilat lagi, walaupun jelas guan eng bersalah dan mulai dibelasah rakyatnya sendiri. dia tetap jilat dan terus menjilat!
Macam ni punya orang pun ada..
Moga allah membantu kita semua kita hamba tak kira sapa allah tuhan sekian alam tiada tuham melain allah yang maha berkuasa. Kita berdoa moha dimudahkan segala urusan.
ReplyDelete