AIDCNews -02/11/17-Dua pimpinan PKR dan seorang pimpinan Amanah bakal dilantik Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk menerajui Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP).
Menurut laporan BH, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution bakal dilantik sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang baharu.
Naib Pengerusi Parti Amanah Negara, Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa pula dijangka dilantik sebagai Timbalan YDP MAIPP dan Pegawai Penerangan Ketua Menteri, Wan Ji Wan Hussin dilantik sebagai Ahli Majlis MAIPP.
Pengumuman pelantikan Saifuddin, Mujahid dan Wan Ji secara rasmi dijangka dibuat pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang sedang berlangsung ketika ini.
Walau bagaimanapun, Jaringan Muslim Pulau Pinang (JMPP) membantah cadangan Kerajaan DAP Pulau Pinang, yang mahu melantik Saifuddin Nasution sebagai YDP MAIPP yang baharu yang disifatkannya tiada locus standi.
Pengerusinya, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin, berkata Saifuddin tidak layak kerana tidak mempunyai latar belakang agama yang baik selain beliau adalah pemimpin parti yang bersifat liberal republikan.
Katanya, disebabkan itu Saifuddin tidak sesuai menjadi wakil Yang di-Pertuan Agong bagi memimpin umat Islam di Pulau Pinang yang memerlukan ketua yang mampu memberi nasihat berlandaskan hukum dan nas al-Quran.
“Sepatutnya individu yang dilantik ke jawatan Yang Dipertua MAIPP mempunyai latar belakang agama dan mempunyai ketokohan memimpin umat Islam Pulau Pinang selaku wakil Yang di-Pertuan Agong.
“Individu ini tidak semestinya datang dari parti politik tertentu kerana Yang Dipertua MAIPP pernah disandang tokoh agama yang berkecuali,” katanya pada sidang media di hadapan KOMTAR hari ini.
Mohamed Hafiz turut membidas keputusan yang dikatakan dibuat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang majoritinya adalah bukan Islam tanpa merujuk kepada mereka yang arif.
“Semua pihak tahu Wan Ji masih disiasat polis berhubung kenyataannya yang mahu memansuhkan sistem beraja di negara.
“Jadi adakah kita mahu individu sebegini memimpin umat Islam Pulau Pinang, sedangkan terdapat ramai lagi tokoh yang sesuai,” katanya.
Ini Solosi pekerjanya!
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.
2 comments:
hahaha irihatyi lah ni tak dilantk... pergi main jauh2
Apa punya kenyataan bodoh yang cuba diketengahkan AIDCnew ni? Takkanlah Kerajaan Negeri Pulau Pinang nak lantik Jahara atau Musa Sheikh Fadil pula mengetuai MAIPP. Kalau Kerajaan Pulau Pinang lantik Koh So Kun jadi YDP MAIPP barulah pelik.
Post a Comment