Selangor mencatat lambakan hartanah residensi paling tinggi yang gagal terjual di negara ini.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata berdasarkan laporan daripada Bank Negara Malaysia (BNM), ia mewakili 21 peratus atau 27,438 unit.
Menurutnya ia berpunca daripada kekurangan penawaran unit mampu milik kepada rakyat yang berpendapatan rendah.
Mengikut laporan BNM dari tahun 2014 sehingga tahun ini, hartanah residensi yang masih belum terjual adalah 130,660 unit, di mana 83 peratus daripada jumlah tersebut berharga RM250,000 dan ke atas untuk setiap unit.
“Hanya 14 peratus sahaja dari jumlah tersebut yang belum dijual di Wilayah Persekutuan
“Pada masa sama, kita sedang bincang dengan bank negara untuk menyelesaikan berkenaan lambakan hartanah yang di Kuala Lumpur sebelum satu tindakan akan diambil.,” katanya bagi menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian bagi sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, Khamis.
Terdahulu, wakil rakyat DAP itu meminta kementerian menyatakan tindakan terhadap lambakan kompleks membeli belah, kompleks komersial dan unit-unit kondominium mewah yang masih kosong dan tidak dapat dijual di sekitar bandaraya Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.
Sementara itu, Tengku Adnan berkata dasar kerajaan dalam pembinaan rumah mampu milik adalah untuk menampung kehendak rakyat yang memerlukannya.
“Kerajaan akan meneruskan usaha untuk membangunkan rumah jenis itu bagi mengurang beban kos sara hidup rakyat,” kata Ahli Parlimen Putrajaya.-23/11/2017- oleh NUR ASLINDA NASIR (AD)
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
2 comments:
Apa kata. Pindahkan aje mangsa~mangsa banjir 2014 yg masih menunggu rumah yg tak siap ke K L atau Selangor. Lobai kan dapat durian runtuh musang king rm 200J katanya!. Sampai sekarang Rafizi dan Husam dok tunggu saman puaka. Hehehekikikihahahakahkahkah
Hoi barua dedak roket, mana bukti durian runtuh rm200 juta? Kalau setakat buat dakwaan tanpa bukti, otak kamu setaraf dengan lembu yang makan dedak.
Post a Comment