HILANG sudah cakap besar tentang lebihan wang dalam akaun Kerajaan Negeri. Hilang sudah cakap besar kononnya dengan naiknya pemerintahan DAP di Pulau Pinang, masalah banjir di Pulau Pinang akan dapat diselesaikan dalam tempoh yang singkat. Hilang sudah cakap besar, pentadbiran Pulau Pinang lebih jujur, telus dan lebih baik untuk rakyat.
Untuk mengurangkan jumlahnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya berani mengambil statistik 2013 sehingga 2018 sahaja. Chow Kon Yeow yang merupakan Exco Kerajaan Tempatan dalam jawapan kepada soalan lisan pada Sidang DUN Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Yang Ke-13, mengesahkan sejumlah 119 kejadian banjir kilat telah melanda Pulau Pinang dalam tempoh 5 tahun.
Seperti biasa, Kerajaan DAP memberi alasan, punca sebenar kejadian banjir kilat di kawasan pulau itu adalah disebabkan jumlah taburan hujan yang tinggi dalam tempoh sehari (menyamai sebulan) dan air pasang tinggi merupakan antara faktor penyumbang kepada kejadian tersebut. Taufan Doksari juga dipersalahkan.
Kerana faktor-faktor tersebut, sungai dan sistem saliran di taman dan kampung sedia ada tidak dapat menampung jumlah kadar air aliran permukaan hujan lebat. Kata Kon Yeow, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah melaksanakan projek tebatan banjir di kawasan panas di seluruh negeri itu. (RUJUK SINI)
Selepas pelbagai pendedahan dan jangkaan banjir besar akan melanda Pulau Pinang ekoran pembersihan puncak bukit dan penarahan lereng bukit selain pembangunan tak terkawa, semalam banjir besar melanda Pulau Pinang lagi. Untuk tempoh 24 jam, Lim Guan Eng dan semua kepimpinan negeri hilang ghaib seolah-olah mereka tidak wujud di dunia ini. Manakala pegawai-pegawai penerangan Ketua Menteri seperti Zaidi Ahmad, masih lagi berdendang tentang 1MDB tanpa sedikit pun bercakap atau menyentuh tentang banjir yang mengancam Pulau Pinang.
Awal subuh, Lim Guan Eng akhirnya muncul dengan wajah sedih dan memaklumkan tentang ‘kejayaannya’ menghubungi Timbalan Perdana Menteri bagi mendapatkan bantuan Angkatan Tentera Malaysia kerana paras banjir telah meningkat kepada 10 sehingga 12 kaki ‘melepasi’ bumbung rumah.
Pastinya ramai yang masih ingat bagaimana bongkaknya Lim Guan Eng mengecam Kerajaan Negeri Kelantan kerana banjir besar pada penghujung tahun 2014 yang berpunca dari Hulu Kelantan. Walhal kawasan berkenaan juga menempatkan projek pembalakan yang dikonsensikan kepada syarikat dua bersepupu Nga-Ngeh yang juga merupakan pemimpin utama DAP Perak.
Konon kata Guan Eng, banjir itu berlaku kerana kelemahan pentadbiran Kelantan. Kononnya kerana ketirisan dan kegagalan pengurusan kewangan Kelantan yang diperintah oleh PAS. Kerajaan Negeri Kelantan seolah-olah tidak wujud ketika banjir. (RUJUK SINI).
Sekarang, apa yang dikatakan oleh Lim Guan Eng, berbalik kepada dirinya!
Malu nak berterus-terang yang dia minta bantuan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), dia awal-awal bagitahu yang dia meminta bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Banjir di negeri-negeri di Malaysia, bukanlah perkara asing. Kadar taburan hujan di negara ini memang tinggi. Tetapi apabila seorang Ketua Menteri bercakap besar, memperlekehkan Menteri Besar dan pentadbiran negeri lain yang dilanda banjir seperti yang dilakukan oleh Lim Guan Eng, apa yang berlaku di Pulau Pinang, membuatkan ramai yang memulangkan paku buah keras kepada Guan Eng walaupun pada masa yang sama, bantuan digerakkan untuk rakyat dan penduduk Pulau Pinang yang terjejas akibat banjir. (Diangkat dari http://semberono.com)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hilang sudah cakap besar DAP PP? Goyang mulai menunggu rebah?
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.
8 comments:
Aiyaa...... Wa suda selik mau cakap busat maaa tp tak pa wa punya balua2 PAN tak selik punya. Dia olang akan cakap busat2 dan busuk punya sama PAS. Dia olang akan ambil alih DAP punya tugas maa!
"..Ketika Kelantan dilanda 'Banjir Kuning' dahulu, kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP telah menghantar bantuan RM1.1 juta bagi membantu mangsa.
Sementara DAP Pusat menghantar 15 kontena barangan yang bernilai kira-kira RM500,000 (setengah juta ringgit) dan RM270,000 wang ke Kelantan bagi membantu mangsa banjir.
Hari ini Malaysiakini melaporkan kerajaan Kelantan sedia menyalurkan bantuan segera berjumlah RM50,000 kepada Pulau Pinang yang kini dilanda musibah banjir besar.
"Kerajaan negeri akan turut membantu mangsa-mangsa banjir dengan menghantar sukarelawan dan meluluskan sejumlah RM50,00 sebagai bantuan segera ke Pulau Pinang," kata Datuk Ahmad Yakob dalam kenyataan media di Kota Bharu, hari ini..."
Bila bencana alam di politikkan..mmng nampak bangang
Knp sikap begitu bencana Alam boleh berlaku bila bila masa Dan di mana shj. Muhasabah diri lah
Allah maha berkuasa mohonlah moga kita semua selamat dan sama2 kita beri bantuan kepada negeri2 yang dilanda musibah.
Pulau pinang dilanda musibah marilah kita berdoa moga allah yang maha berkuasa memberi rahmat dan memudahkan urusan mangsa2 disetiap negeri yang terjejas dan memberi hidayah pada kita semua.
Masyaallah Tuan aji.
Kan wa sudah cakap...... Balua2 DAP akan ambil tugas DAP maa...... Dia olang talak selik punya maa.... Dia olang akan pertahan DAP mati2an maa!
Aiyaa.... Lu jgn cakap mcm tu maa! Ini mcm mati bukan calang2 punya mati maa. Itu Islam cakap mati sahid maa. Ada applovement lg dpd itu ulamak2 PAN. Tak pecaya aaa? Cuba tanya itu ulamak besat punya mcm mat sabu, Wan ji atau Ahmad awang. Wa gelenti itu syuluga maa!
Post a Comment