Friday, November 03, 2017

Hina Bugis, Sultan Selangor Murka &Amat Kecewa Terhadap Tun Dr. M.


SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (gambar) menzahirkan perasaan murka dan amat kecewa terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung tindakannya yang menghina bangsa Bugis baru-baru ini.
Mahathir didakwa menghina bangsa Bugis ketika berucap pada Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya pada 14 Oktober lalu.
Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais berkata, Sultan Sharafuddin memandang serius kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu yang dilihat cuba menghasut rakyat Malaysia untuk membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa Bugis.
Katanya, baginda menzahirkan perasaan tersebut setelah berbincang dengan ahli-ahli Dewan Diraja Selangor semalam.

giant-hypermarket

5 Pasaraya Giant Akan Ditutup Serentak 5 November Ini..
Ini Solosi pekerjanya!
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

3 comments:

Borhan Sharif said...

Saya rakyat biasa dan tidak bersekolah tinggi.... Namun sangat sangat mengerti /memahami perihal Bugis yang dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir.... Beliau khusus berkata tentang Najib dan tidak kepada Orang Bugis yang lain, kini Saya mulai keliru..... Adakah Orang orang Bugis berbangga dengan perbuatan Najib lalu mahu mempertahankan Najib? Setakat pemikiran kurang bijak Saya sendiri.... Sekiranya ada pertuduhan sebegini terhadap seseorang yg berkedudukan tinggi seperti Najib dari kaum saya.. Saya segera mahukan siasatan yang menyeluruh terhadap kesalahan yang kunun nya Najib lakukan.
Tambahan perbuatan beliau dinegara Singapura telah memenjarakan Pengurus Bank dan menutup 2 Bank. DiAmerika... Harta harta berkaitan dirampas... Maka Kaum Bugis perlu bangun menuntut Bugis yg mengaku pahlawan tetapi mencemarkan nama Bugis ini disiasat dengan telus dan sekiranya beliau bersalah, jatuhkan hukuman....sekiranya tidak... Kita sanjung Dia dengan bangga.
Kini bersihkan nama Bangsa Bugis.... Bukan melatah dan keliru dengan maksud Tun Dr. Mahathir tu...
Come on ...Orang Bugis, anda pastinya orang yang bijak!!!

Anonymous said...

Jangan sebut bangsa bugis sebut aja najib takdalah org marah ni kaitkan bangsa cuba matang sikit.

Anonymous said...

Apa punya bahalol lah....sebutan sesuatu yang ditujukan pada seseorang tidak akan menyebabkan keturunan atau kaum. Contoh kalau kita sebut Lim Kit Siang ni cina komunis, adakah bermaksud semua cina dalam Malaysia adalah komunis? Begitu juga kalau sebutan 'Najib ni dari keturunan lanun Bugis' adakah bermaksud semua Bugis adalah lanun? Jangan memperbodohkan semua orang untuk kepentingan politik semata-mata.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails