1. Hari ini, Dato' Ambiga Sreenevasan bersuara setelah berhari-hari menerima tekanan daripada pelbagai pihak berkenaan dakwaan bahawa dia adalah sumber tuduhan 90 Juta yang diterbitkan dalam cereka fitnah oleh Clare Rewcastle Brown dalam web Sarawak Report.
2. Dalam kenyataan media 2 mukasurat tersebut, Ambiga memilih untuk tidak mengesahkan mahu menafikan apa yang telah tertulis dalam dokumen 55 mukasurat pembelaan dan tuntutan balas Defence oleh Clare. Dia memberi alasan kes ini sedang berjalan di Mahkamah United Kingdom.
Dia berkata hanya di mahkamah sana segala dokumen dan maklumat akan didedahkan.
Dia mempertikaikan tekanan yang diberikan oleh pelbagai pihak terhadapnya seolah mini perbicaraan berlangsung di Malaysia.
Dia mendakwa sebarang intimidasi dan gangguan yang dikenakan terhadapnya mempunyai kaitan langsung dengan Tuan Guru Presiden PAS yang boleh menyebabkan tindakan "contempt of the UK Court".
Pada perenggan akhir, Ambiga berkata terdapat 36 perenggan dalam dokumen "defence and counterclaim" Claire yang sepatutnya menjadi fokus kerana ianya mengandungi tuduhan yang serius.
3. Bagi sesiapa yang membaca kenyataan penuh Ambiga, secara tersiratnya sememangnya bolehlah kita fahami dia seolah mengakui menjadi sumber cereka fitnah 90 Juta itu. Cuma, Ambiga berselidung di sebalik alasan "I have refrained from comment for now, in view of the pending proceedings in the UK court."
4. Ambiga begitu berang apabila menerima tekanan dan perhatian media secara luar-biasa akibat dinamakan dalam dokumen pembelaan Clare.
Namun, pada masa yang sama persoalan berikut patut kita suarakan;
Namun, pada masa yang sama persoalan berikut patut kita suarakan;
- a) Adakah Tuan Guru Presiden PAS, sekalian pemimpin dan penyokong PAS tidak menerima tempias daripada cereka fitnah 90 juta ini.?Ia menjadi bahan serangan yang dijaja siang-malam oleh para pemimpin, juak dan cybertooper Pakatan Harapan untuk memburukkan imej PAS di mata masyarakat awam.
- b) Siapa pula sumber yang memberikan maklumat kepada Ambiga kerana dalam dokumen pembelaan Clare menyebut "Ambiga had told the Defendant that her sources, who she said were reliable, had estimated the amount that had been paid was around RM90 million". "Siapakah pula 'reliable sources' yang menjadi penyampai cereka fitnah kepada Ambiga.? Adakah Makhluk Jin Kuasa 10 dari Kelantan menjadi sumber berita kepada Ambiga.?
- c) Mengapa Ambiga tidak menasihati berkenaan "contempt of the UK Court" kepada sekalian pemimpin dan juak PH yang menyerang PAS dengan menggunakan modal fitnah 90 juta.? Jikalau Ambiga baru sekarang terasa mini perbicaraan terhadapnya, tahukah Ambiga bahawa sekalian pemimpin dan juak PH sudah pun berlagak menjadi Hakim memutuskan fitnah 90 Juta itu adalah tuduhan yang benar seawal cereka tersebut disiarkan Sarawak Report pada 06 Ogos 2016.?
- d) Di manakah bukti tuduhan RM 90 juta dibayar oleh PM Najib kepada PAS.? Sepertimana sidang media kontroversi Rafizi berkenaan isu ini, sehingga sekarang tidak ada pun mana-mana pihak tampil mendedahkan bukti transaksi kewangan, aliran money trail daripada mana dan ke akaun mana wang tersebut masuk.?
5. Ambiga janganlah jadi pengecut seperti membaling batu, sembunyi tangan.
Bukankah dia terkenal sebagai peguam yang berani, lantang ketika memimpin BERSIH dulu.?
Janganlah bersikap hipokrit.
Dia enggan memberi penjelasan berkenaan 2 perenggan yang mengaitkan namanya, namun pada masa sama dia sendiri turut menggesa agar fokus tumpuan diberikan kepada 34 perenggan yang lain.?
Oh, apabila yang berkait dengan dirinya, dia berselindung atas alasan "contempt of the UK Court".
Bagi perenggan yang menuduh PAS bermacam-macam, tidak pula dikatakan "contempt of the UK Court".
Hipokrit lagi pengecut bukan.?

6) Ada pihak sebelum ini begitu lantang mencabar PAS untuk menyaman Sarawak Report bagi membuktikan tuduhan itu palsu.
Kemudian, apabila PAS memulakan proses saman , pihak yang sama pula memperlekeh dengan mengatakan tindakan saman itu berlagak pandai, sia-sia dan ibarat menggali kubur sendiri.
Jelas, mereka ini sememangnya berniat jahat terhadap PAS kerana bukannya mahu mencari kebenaran tetapi mahu menyebar kebencian dan kepalsuan.

Nota Tambahan:
- Bagi sesiapa yang berpeluang membaca dokumen 55 mukasurat "Defence and Counterclaim" Claire, pasti akan tersenyum riang dan gelihati.
- Bagi sesiapa yang berpeluang membaca dokumen 55 mukasurat "Defence and Counterclaim" Claire, pasti akan tersenyum riang dan gelihati.
-Maaf, saya tidak dapat memberikan ulasan lanjut terhadap dokumen tersebut, bak kata Ambiga "contempt of the UK Court". hehe
Catatan oleh;
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Pusat Penyelidikan PAS
02 November 2017
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Pusat Penyelidikan PAS
02 November 2017
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.
3 comments:
tak perlu nak kalut dan jadi bongok.. tunggu pendakwaan di uk semua akan terbongkar siapa yang menipu
Lu peduli apa, jilat juboq ambiga pula? tak cukup dengan juboq lim guan eng.
He he he
Bahan bukti dengan pertuduhan punnnn ustaz tak dapat beza?
Post a Comment