Felda sedia ke mahkamah, pertahan Perjanjian Tanam SemulaThe Malaysian Insight
PENGERUSI Felda Shahrir Samad mempertahankan Perjanjian Tanam Semula yang dibuat oleh agensi itu dengan penerokanya dan sedia ke mahkamah untuk mempertahankan kepentingan pelaburannya.
"Saya mempertahankannya. Tidak ada apa yang salah dengan perjanjian itu.
"Saya sedia ke mahkamah untuk mempertahankannya jika ada yang saman," kata Shahrir, dalam wawancara dengan The Malaysian Insight.
Beliau berkata kalau dikatakan perjanjian itu berat sebelah, ia adalah kerana Felda yang mengeluarkan duit untuk membuat tanam semula itu.
"Felda kena jaga kepentingannya kerana mereka yang mengeluarkan duit itu," katanya dalam wawancara itu.
Shahrir mengulas dakwaan peneroka Felda, ahli keluarga, ahli politik dan peguam yang mengatakan perjanjian itu berat sebelah serta menimbulkan masalah kepada peneroka apabila mereka dibebankan dengan hutang yang banyak.
Ketika para peguam dan anak peneroka mahu menyeret Felda ke mahkamah, ahli politik Pakatan Harapan (PH) pula akan membawa isu itu ke 56 kawasan Parlimen yang boleh dipengaruhi oleh undi peneroka Felda.
Antara pemimpin PH yang mendapat sambutan baik dalam kalangan peneroka Felda ialah bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Shahrir berkata sikap Dr Mahathir dalam mengendali isu Felda berbeza dengan kerajaan yang ada.
"Jika dia masih berkuasa, Felda ini mahu diswastakan sebagaimana dia swastakan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan lain-lain.
"Namun kita tidak begitu, kita mahu menjalankan tugas yang diamanahkan sebagai kerajaan dan pelindung kepentingan peneroka," katanya.
Shahrir berkata perjanjian itu tidak ada percanggahan dengan apa yang dikehendaki oleh pengasas Felda, Abdul Razak Hussein dan juga Taib Andak dahulu.
"Felda adalah skim reformasi tanah yang terbaik dan pelbagai pihak cuba membawanya ke negara masing-masing.
"Cuma mereka gagal untuk melaksanakan di negara mereka kerana tidak ada political will (kesungguhan politik) sebagaimana kita," kata Shahrir.
Shahrir berkata Felda adalah satu kejayaan apabila Presiden Filipina Rodrigo Duterte dan tiga menteri Indonesia berjumpa beliau bagi membincangkan skim Felda di negara mereka.
Beliau bagaimanapun mengaku ada kelemahan sedikit sebanyak di sana-sini namun ia sedang diperbetulkan, antaranya dengan memperkemaskan pengurusan Felda bagi memastikan institusi kewangan sendiri yakin dengan kemampuan Felda.
Shahrir mengaku Felda ada hutang dan itu sebabnya kenapa ia menjual hotel yang dibelinya di Kensington, London. Beliau merujuk kepada Park City Grand Plaza Kensington Hotel, yang dibeli oleh anak syarikatnya, Felda Investment Corporation (FIC).
Felda sebelum ini berkata ia menerima 54 tawaran untuk membeli hotel itu, yang diperolehnya pada 2014 dengan harga RM330 juta.
"Misalnya kita jual hotel kita di London. Ini kerana kita memang ada masalah hutang.
"Jadi kalau kita ada Ferrari, kenapa kita tidak jual kereta itu dulu sebelum membuat pinjaman dengan bank," katanya. – 25 November, 2017.
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
4 comments:
http://www.ismaweb.net/2017/06/pas-gesa-kerajaan-pulihkan-fgv-segera/
PAS Gesa Kerajaan Pulihkan FGV Segera
BANGI, 25 Ramadan 1438H, Selasa – PAS merayu agar kerajaan segera menyelesaikan kepincangan Felda Global Ventures Berhad (FGV) hingga ke akar umbi, selepas Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad melepaskan jawatannya sebagai pengerusi semalam.
Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asal, Wan Rohimi Wan Daud berkata, sesiapa sahaja yang bertanggungjawab menyeleweng, menggunakan aset dan wang Felda mahupun FGV untuk keuntungan dan kepentingan peribadi perlu dihukum.
Bahkan katanya, mereka yang menggunakan pengaruh serta jawatan di dalam Felda mahupun FGV demi memenuhi gelojak nafsu dan kocek mereka sendiri juga harus diheret ke muka pengadilan.
“Dengan keluarnya Tan Sri Isa Samad daripada bayangan Felda mahupun FGV, diharapkan Tan Sri Shahrir Samad dan Tan Sri Sulaiman Mahbob dapat bekerjasama dengan sebaiknya untuk memulihkan Felda mahupun FGV supaya kembali kepada tujuan asal penubuhan Felda, memajukan serta mengembangkan teras perniagaan Felda.
“Cukuplah rakyat terutamanya peneroka menderita akibat kerakusan segelintir pihak, Felda bukan milik sesiapa, Felda adalah milik peneroka dan negara,” katanya dalam satu kenyataan.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan Sulaiman sebagai pemangku Pengerusi FGV berkuat kuasa serta-merta.
Ia susulan Isa Samad bersetuju melepaskan jawatan sebagai Pengerusi FGV seterusnya dilantik sebagai pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) juga berkuat kuasa serta-merta.
Mengulas perkara itu, Rohimi berkata, peletakan jawatan Isa Samad sebagai ternyata tepat pada masanya.
“Di saat FGV mahupun Felda dilambung dengan pelbagai kontroversi dan skandal, seharusnya sejak awal lagi beliau direhatkan daripada memegang jawatan sebagai Pengerusi FGV agar siasatan menyeluruh dapat dilakukan.
“Namun apa yang dikesali beliau terus dianugerahkan jawatan kerusi empuk di SPAD tanpa melihat rekod beliau yang lalu yang nampaknya lebih banyak buruk daripada baiknya,” katanya.
http://www.ismaweb.net/2014/10/khalid-samad-pesta-arak-oktoberfest-tidak-boleh-dihalang/
Khalid Samad: Pesta Arak ‘Oktoberfest’ Tidak Boleh Dihalang
BANGI, 2 Okt – Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ anjuran Carlsberg Malaysia tidak boleh dihalang ekoran Malaysia merupakan sebuah negara majmuk.
Sekalipun, arak difahami sebagai ibu segala maksiat bagi ummat Islam dan pesta arak bercanggah dalam Islam, namun penganjuran pesta oleh Carlsberg itu tidak boleh dihalang kerana ia dianjurkan untuk orang bukan Islam.
“Islam mengiktiraf bahawa arak tidak merupakan sesuatu yang haram mengikut ajaran agama mereka.
Oktoberfest dan banglo terlajak murah dijulang. Selfie d amoy langgar dada dijadikan ketua. Mimpi 15x dan power 10 dijadikan penasihat. Liberal sekular dijadikan kiblat. Itulah PAN Imayam yg menjadi hamba abdi DAP
Tetapi PAN Imayam tak pedulikan rakyat Felda.
Post a Comment