PETALING JAYA: Bermula semalam, syarikat gergasi rokok di Amerika Syarikat mula mengambil ruang iklan muka surat penuh di akhbar harian sehingga Mac depan untuk membuat pengakuan yang merokok boleh menyebabkan maut, selepas arahan mahkamah.
Pada masa sama, syarikat rokok juga dipaksa membayar iklan televisyen yang akan dipaparkan setiap malam pada waktu puncak selama setahun.
Ia merupakan keputusan Mahkamah Persekutuan AS selepas kes yang sudah berusia 19 tahun yang dibawa Jabatan Kehakiman (DoJ).
Syarikat rokok Altria, RJ Reynolds, Lorrillard dan Philip Morris dijangka membelanjakan beratus juta dolar untuk mengiklan di 50 akhbar tempatan.
Kos mengiklan itu boleh mencecah AS$1 juta sejam atau AS$8.2 bilion setahun, dan akan turut dipaparkan di kedai runcit dan pusat hiburan dewasa.
Pada 2006, sebuah mahkamah mendapati syarikat tersebut tidak jujur dan menipu rakyat AS. Selepas proses litigasi yang berjalan selama 10 tahun, persetujuan dicapai mengenai bentuk dan format kenyataan pembetulan yang perlu dikeluarkan syarikat rokok.
Antara kenyataan yang akan diiklankan ialah:
“Lebih ramai terkorban setiap tahun akibat merokok daripada dibunuh AIDS, bunuh diri, dadah, kemalangan dan alkohol.”
“Apabila anda merokok, nikotin mengubah otak anda — sebab itu susah untuk berhenti merokok.”
Bagaimanapun, undang-undang tidak menghendaki syarikat rokok antarabangsa itu membuat kenyataan itu di luar AS.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Demi wang kerajaan AS terpaksa membunuh rakyatnya sendiri melalui merokok. Begitulah juga negara-negara anak buah AS. Lagi kuat kempen anti rokok, lagi banyak produk nya digandakan.
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
1 comment:
Biarkan rakyat Amerika mati kerana sebilangan dari mereka mengamalkan perkauman yang kronik dan membenci dan membunuh antara satu sama lain, menyertai tentera Amerika menindas dan membunuh umat Islam yang tidak bersalah dan menyokong rejim pengganas Israel dll. Dan puak munafik liberal dan kafir harbi di negara kita adalah penjilat rejim pengganas Amerika.
Post a Comment