Friday, November 17, 2017

Ini, Gaya Hidup Pemimpin DAP Melayu. Zairil K/Johari Bangsa Cina?



Tersebar di media sosial beberapa keping gambar gaya hidup Adam Ariffin anak bekas Naib Pengerusi DAP, Dr Ariffin Omar yang tewas dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) baru-baru ini.







Sementara itu, penganalisis Politik Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata laungan DAP kononnya akan membela nasib Melayu hanyalah umpama menanam tebu di tepi bibir sekiranya semua calon Melayu tewas dalam pemilihan CEC Ahad lalu.

“Bagaimana DAP mahu membela nasib Melayu di luar parti (rakyat) jika nasib Melayu dalam parti sendiri gagal dibela.
“Jika DAP benar-benar serius mahu memperbaiki imejnya dalam kalangan pengundi Melayu Islam, sudah tentulah tokoh-tokoh Melayu Islam yang bertanding dalam pemilihan semula CEC itu, seperti Tengku Zulpuri dan Dr Ariffin Omar akan dipilih,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Kamarul berkata DAP juga sekadar mengekalkan satu kuota Melayu untuk kuota lantikan sahaja.

Pensyarah Kanan Jabatan Sosio Budaya Universiti Malaya Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi pula berpendapat keputusan pemilihan semula parti itu jelas memperlihatkan politik ‘kinship’ atau ‘kekeluargaan’ terus diterima DAP apabila Lim Kit Siang dan anaknya Guan Eng berada di kedudukan tiga teratas, manakala pemimpin Melayu yang tersenarai mempunyai keperluan strategik demi kepentingan parti.

“Berdasarkan pemilihan dan pelantikan itu, mereka memilih golongan usahawan dan golongan kelas atasan Melayu dan bukan golongan biasa.
“Ayah Zairil (Allahyarham Tan Sri Mohd Khir Johari, pemimpin veteran UMNO), jadi beliau dianggap dapat menarik undi dalam kalangan orang UMNO, bahawa keturunan UMNO tidak semestinya sokong UMNO.

“Pelantikan Tengku Zulpuri daripada golongan kelas tinggi pula menunjukkan kononnya golongan itu banyak menyokong DAP atau pembangkang,” kata beliau.

Bagaimanapun, kajian mendapati Zairil bukan anak kandung Allahyarham Khir Johari. Zairil adalah anak Puan Seri Christine Lim, isteri kedua yang dikahwini Allahyarham selepas isteri pertamanya, Puan Sri Kalsom Abdul Rahman meninggal dunia.

“Selepas Che Tom meninggal pada 20 September 1994, Tan Sri Khir telah berkahwin dengan Puan Seri Christine Lim pada February 1996.
“Ketika dikahwini, Puan Seri Christine adalah seorang janda dan telah pun mempunyai dua orang anak dari perkahwinan terdahulu dengan seorang Cina. 

Salah seorang anaknya diberi nama Zairil Khir Johari, iaitu nama Islam dengan mengambil nama suaminya yang baru. Pada masa perkahwinan kedua ibunya ini, Zairil telah pun berusia 13 tahun. Oleh itu jelaslah bahawa Zairil adalah Cina seratus peratus,” dedah satu laman portal berita.
AIDCNews




IKLAN:
Imej yang berkaitan

'Bukan nak tutup periuk nasi orang kita di Australia' -Utusan Online

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

5 comments:

  1. Ustad, elok baca ni untuk perkembangan mental yang sihat.
    Buat apa ambil tahu kehidupan orang liberal, mereka masuk neraka lagi baik, kurang sikit persaingan untuk ke Syurga, bukan......????
    Tapi, kalau ekonomi Malaysia jatuh merundum, Neraka sedang menunggu kita di dunia ini.
    Kalau ekonomi teruk, nak beribadah pun payah sebab asik kena kerja, cari makan. Jadi, cubalah hidup di alam nyata, USTAD.

    Dalam laporan tersebut Bank Dunia dikatakan menyifatkan ekonomi Malaysia: “Risiko utama yang dihadapi untuk berkembang datangnya daripada dasar ekonomi, pembangunan geopolitik dan harga komoditi yang tidak menentu”.

    Sementara kebanyakan ekonomi Asian meningkat, Malaysia mengundur ke belakang, dan ia disebabkan Malaysia gagal mengadaptasi keadaan ekonomi domestik dan global.

    Laporan itu juga menurut The Coverage, turut menyatakan bahawa Malaysia adalah salah satu daripada dua ekonomi Asian yang hutang isi rumahnya “melebihi 70% KDNK”. Ramai pakar ekonomi menyimpulkan bahawa gelembung hutang Malaysia tidak lama lagi akan pecah.

    Pegawai Bank Dunia dalam urusan ekonomi Malaysia, Farid Hadad-Zervos baru-baru ini memberi amaran: “Soalan asas dalam hal ini ialah, apakah sebenarnya makna KDNK dalam kehiduapan rakyat Malaysia?”.

    Dalam lawatannya yang gagal ke AS, Najib dilaporkan berkata pertumbuhan 5.2% ekonomi Malaysia “membuatkan ekonomi yang mendahului iri hati”. Respons segera dalam hal ini ialah: “Pertumbuhan ekonomi Iraq 11%, Bangladesh 7% dan pertumbuhan ekonomi Ethiopia 7.6% pada tahun lepas – apakah ekonomi yang mendahului juga turut iri hati?”

    Hakikatnya Malaysia berada di belakang jiran-jiran Asiannya.

    Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kadar pengangguran anak muda di Malaysia meningkat mendadak kepada 12% dan terus meningkat. Kajian Bank Negara mendapati tiga daripada empat orang rakyat Malaysia mendapati sukar untuk mendapatkan RM1,000 dalam keadaan kecemasan.

    Dalam ucapan-ucapan beliau, kata laporan itu selanjutnya, Perdana Menteri Najib Razak telah memalsukan data-data ekonomi, memetik bahagian tertentu sahaja daripada laporan yang dibuat, dan berusaha mencantikkan wajah ekonomi Malaysia kerana dalam politik Malaysia, beliau berada dalam keadaan tidak stabil.

    ReplyDelete
  2. T.kasih Cik Minah kerana masih meneruskan perbincangan.

    Saya juga ingin mengajak Cik Minah berpijak di bumi nyata iaitu alam dunia dan akhirat. Tidak berfikiran jumud, beku setakat tempurung dunia ini sahaja. Masyarakat jahiliah di zaman awal kebangkitan Islam pimpinan Rasul sudah lama berfikiran begitu. Islam datang membawa pemikiran yang sihat, bukan tempang sekularisme seperti yang kamu fikir itu.

    Manusia cuma ada dua. Islam dan Bukan Islam. Kita diberi peluang memilih pakej Islam atau bukan Islam, sebagai cara hidup. Pakej bukan Islam ada banyak, pakej Kritian, Hindu, Komunis dll.

    Saya pilih pakej Islam. Saya kena ikut keseluruhan isi dan peraturan pakej. Melaksanakan seluruh cara hidup Islam, diri, keluarga, masyarkat dan memerintah dunia dengan Islam. Politik, ekonomi dan sosial mesti menurut Islam. Bukan tumpuan pada ekonomi saja, yang lain semua diabaikan. Kerana kondom percuma agama diabaikan. Senpit sangat skop kepala otak anda.

    Nabi Muhammad tidak jutawan. Tapi ia boleh membangunkan sebuah revulusi dan evolusi yang menggoncang dunia ke arah kebaikan. Orang Melayu Malaysia sudah ramai jadi jutawann, tetapi kerana mereka tidak membangun bersama Islam, maka perjuangannya entah ke mana. Masuk pakej Islam kena ikut peraturannya. Peraturan pakej guna kereta, mesti isi minyak, tapi kamu isi air, kereta rusak bukan salah pakej. Kamu yang salah kerena tidak ikut peraturan pakej.

    Oleh itu cik Minah, ikutlah Islan Sepenuhnya, bukan ekonomi saja, bukan siang jadi Islam, malam jadin kufur. Buangkan pemikiran Arab jahiliah dahulu, ikut Islam jadi miskin, bagaimana nak maju sana haram sini haram..

    Itulah pemikiran yang ketinggalan zaman. Na 'auzubillah!

    Sekian, t.kasih.

    ReplyDelete
  3. Pak Hasim, ini satu dakwah yang baik.

    ReplyDelete
  4. Jika Che Minah takut neraka, Che Minah sepatutnya bertindak seperti orang yang benar-benar takutkan neraka iaitu melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran dan kesesatan dan menyokong jemaah Islam seperti parti Islam menegakkan ajaran Islam bukan menulis komen untuk memfitnah dan memburuk-burukkan jemaah Islam.

    ReplyDelete
  5. Sesiapa sahaja yang bersekutu dan berselongkol dengan musuh Islam menentang agama Islam dan umat Islam, sesungguhnya orang tersebut tergolong kepada musuh Islam dan tempat mereka ialah kekal di neraka kecuali mereka bertaubat pada Allah:

    Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda:

    “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka” (diriwayatkan daripada AbdulLah bin ‘Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Mali).

    ReplyDelete