“Kami akan melaporkan kepada pihak polis berhubung sikap rasis guru besar ini. Menteri dan Timbalan Menteri Pendidikan perlu mengambil tindakan terhadap guru besar ini apatah lagi sikapnya yang pro pada pembangkang PAS.”
KAJANG- Pengerusi Kuil Sri Maha Karumariamman Alayam (KSMKA) S .M Kathirvellu Taman Kajang Utama menyekar sikap rasis guru besar SK Kajang Utama, Sabaruddin Abu Bakar yang tidak membenarkan penggunaan dewan sekolah untuk mengadakan perayaan rumah terbuka Deepavali pada 4 November, jam 8.00 malam bagi komuniti India di Taman Kajang Utama
“Guru besar SKKU mempersoalkan saya menggunakan jawatan Pengerusi Kuil KSMKA kerana menurutnya ini merupakan sekolah Melayu dan perkataan penganut Hindu atau Kuil tidak dibenarkan.“program yang kami anjurkan hanyalah Rumah Terbuka Deepavali bukan sahaja untuk komuniti Taman Kajang Utama, anak-anak berbangsa India yang bersekolah di SK Kajang Utama tetapi juga pendudukan Kajang Utama, kita satu Malaysia. Kita pun ikut semua peraturan sekolah”. katanya.
Menjadi persoalan semua urusan permohonan termasuk arahan guru besar itu untuk meminta kami menukar surat permohonan dari NGO kepada Parti MIC kawasan tetapi selepas ditukar program tidak diluluskan.
“Apa salah NGO hendak buat program Deepavali? Mengapa guru besar itu terlalu ikut arahan Pengerusi PIBG Sekolah yang tidak mahu majlis ini dianjurkan. Ia bukan majlis parti tetapi perayaan kaum. Kami hendak jumpa berbincang pun dia tak mahu.
“Kami akan melaporkan kepada pihak polis berhubung sikap rasis guru besar ini. Menteri dan Timbalan Menteri Pendidikan perlu mengambil tindakan terhadap guru besar ini apatah lagi sikapnya yang pro pada pembangkang PAS.” katanya lagi
Walaupun pihak sekolah tidak membenarkan penggunakan dewan saat akhir. S.M Kathirvellu telah meminta kebenaran daripada pihak polis dan MPKJ untuk mengadakan perayaan rumah terbuka Deepavali di padang terbuka hadapan SKKU kerana surat jemputan kepada tetamu-tetamu dan komuniti India telah diedarkan.
KRONOLOGI GURU BESAR RASIS
Berikut merupakan kronologi tindakan rasis guru besar sekolah kebangsaan Kajang Utama (SKKU) terhadap komuniti India di Kajang Utama
10/10/17 – S.M Kathirvellu, Pengerusi Kuil Sri Maha Karumariamman Alayam (KSMKA) Taman Kajang Utama berjumpa dengan guru besar SKKU, Sabaruddin Abu Bakar memohon menggunakan dewan sekolah untuk mengadakan perayaan rumah terbuka Deepavali pada 4 November, jam 8.00 malam bagi kominiti India di taman ini.
Guru besar SKKU bersetuju secara lisan dan meminta S.M Kathirvellu membuat surat rasmi untuk dihantar kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
Menurut guru besar, hantar surat kepada PPD hanya formaliti biasa, walaupun kuasa kebenaran sebenarnya bergantung kepada sekolah.
13/10/17 – S.M Kathirvellu menghantar surat rasmi kepada guru besar SKKU untuk dihantar kepada PPD
23/10/17 – S.M Kathirvellu menghubungi guru besar SKKU melalui telefon untuk bertanyakan status permohonan dewan sekolah
Guru besar SKKU mempersoalkan S.M Kathirvellu mengapa beliau menggunakan jawatan Pengerusi Kuil KSMKA kerana menurutnya ini merupakan sekolah Melayu dan perkataan penganut Hindu atau Kuil tidak dibenarkan.
Guru besar SKKU mengarahkan S.M Kathirvellu membuat surat permohonan rasmi yang baharu dengan menukar jawatan daripada Pengerusi Kuil KSMKA kepada Ketua Cawangan MIC Kajang Utama.
S.M Kathirvellu bersetuju dengan saranan guru besar SKKU itu dan berjanji akan membuat permohonan baharu sebagaimana yang dipinta.
26/10/17 – S.M Kathirvellu datang ke sekolah berjumpa dengan guru besar SKKU bagi menghantar surat permohonan baharu yang menggunakan jawatan Ketua Cawangan MIC Kajang Utama.
Guru besar SKKU sekali lagi memberi persetujuan secara lisan, beliau berkata pihak sekolah tidak ada apa-apa halangan.
Dalam masa sama Guru Besar SKKU memberi peringatan agar tidak ada acara minuman keras semasa perayaan rumah terbuka Deepavali pada 4 November itu
“Tunggu arahan saya selanjutnya, saya akan beri syarat-syarat penggunaan dewan sekolah,” kata Guru Besar.
Guru besar SKKU juga meminta S.M Kathirvellu menghubungi pengerusi PIBG SKKU, Shahrul Mizan Shamsuddin untuk memaklumkan program itu.
Shahrul Mizan tidak menyokong permohonan itu. Shahrul Mizan dikenal pasti penggerak PAS Kajang Utama.
30/10/17 – Pembantu khas Guru Besar SKKU menghubungi S.M Kathirvellu melalui telefon memaklumkan pihak sekolah tidak membenarkan penggunaan dewan sekolah dengan alasan bertindih program. S.M Kathirvellu meminta kebenaran untuk bercakap dengan Guru Besar SKKU sendiri, namun pembantu khas itu tidak membenarkannya dengan alasan guru besar sibuk.
S.M Kathirvellu juga meminta izin untuk datang berjumpa sendiri dengan Guru Besar SKKU di sekolah, namun pembantu khas memberitahu Guru Besar padat dengan jadual dan tidak ada masa untuk sebarang temu janji dengan pihak luar.
31/10/17 – Pihak sekolah menghantar surat rasmi kepada S.M Kathirvellu memaklumkan perayaan rumah terbuka Deepavali tidak diluluskan. Surat sekolah itu ditandatangani Guru Besar SKKU bertarikh 27/10/17
S.M Kathirvellu telah meminta kebenaran daripada pihak polis dan MPKJ untuk mengadakan perayaan rumah terbuka Deepavali di padang terbuka hadapan SKKU kerana surat jemputan kepada tetamu-tetamu dan komuniti India telah diedarkan secara meluas sebelum ini. (https://kamikazenews.wordpress.com/2017/11/03)
Ini Solosi pekerjanya!
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.
No comments:
Post a Comment