Wednesday, November 22, 2017

ISA, Salahkan Saya, Silakan. Dr M Di Sesi Dialog Sama A/Muda.




Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak faham kenapa beliau terus dipersalahkan kerana menahan ramai orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika zaman pentadbirannya.


Pada majlis sesi dialog townhall bersama anak muda di Petaling Jaya malam ini, Mahathir menunjukkan paling kurang seramai 2,000 orang ditahan semasa 13 tahun pemerintahan perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Hal yang sama turut berlaku ketika pemerintahan selama enam dan lima tahun bagi Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Hussein Onn yang melibatkan penahanan lebih 2,000 orang.


"Saya (mentadbir cuma selama) 22 tahun, cuma 1200 sahaja yang di tahan.

"Yang saya heran tiada siapa marah kepada mereka sebaliknya saya yang masukkan dalam ISA nilai terkecil, menjadi sasaran.



"Ni saya kurang faham kerana apa yang saya lakukan apa yang dilakukan mereka. Kenapa mereka tak dijadikan sasaran bahkan mereka lebih bengis dari saya," kata Mahathir lagi.


Beliau menjawab soalan hadirin yang bertanya kenapa beliau membenarkan Operasi Lalang terjadi pada waktu itu dan kemungkinan beliau melakukan hal tersebut dengan berbeza.


"Jika mahu salahkan saya silakan, ia sudah pun terjadi," jawab pengerusi HARAPAN itu.

Mahathir berkata orang ramai bebas untuk menyalahkan beliau dalam hal itu.
"Jika saya diberitahu kalau saya tidak menangkap maka akan terjadi keganasan, saya tidak menjalankan amanah saya jika saya tidak menangkap mereka. Jadi saya perlu menangkap mereka."

Meski pun orang bebas mendakwa salah guna kuasa ketika pemerintahannya, Mahathir menyangkal kerajaan di zaman beliau berbuat demikian.




Bagi soalan jikalau HARAPAN akan memansuhkan undang-undang pencegahan, beliau berkata kerajaan berhak menangkap dan menahan orang tanpa bicara.


"Undang-undang ISA, Sosma, Pota, undang-undang preventive untuk tahan jenayah berlaku.

"Lain-lain undang-undang untuk ambil tindakan lepas jenayah berlaku," kata beliau.

Sebelum ini, Mahathir berkata rela dipersalahkan kerana menahan lebih 100 aktivis, wartawan dan pemimpin pembangkang semasa Operasi Lalang 30 tahun lalu.


Beliau juga kesal kerana terdapat beberapa tahanan disiksa ketika ditahan di bawah ISA.


Bagaimanapun, Mahathir enggan memohon maaf atas kejadian tersebut menyebut penangkapan itu bukan atas keputusan beliau.


Ketika itu, Mahathir perdana menteri dan menteri dalam negeri yang berulang kali menyatakan Operasi Lalang dikendalikan pihak polis dan beliau tiada kuasa membantah perintah penahanan. (TKO)



Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails