Wednesday, November 01, 2017

Isteri Lelaki Chechnya, Baru Dituduh Tapi Sudah Maut Ditembak..



KIEV – Isteri kepada seorang lelaki Chechnya yang dituduh oleh Rusia merancang pembunuhan Presiden Vladimir Putin mati ditembak di pinggir bandar Kiev pada Isnin.
Menurut laporan Reuters, Pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine berkata, dalam serangan sama suaminya turut tercedera, lapor Awani.
Penasihat Kementerian Dalam Negeri, Anton Gerashchenko dan Zoryan Shkiryak berkata, Amina Okuyeva yang merupakan warga Ukraine itu berada di dalam kenderaan bersama suaminya Adam Osmayev ketika ditembak dari arah semak yang berdekatan persimpangan kereta api di pinggir ibu kota.
Serangan tersebut menyusul sejurus selepas pengeboman kenderaan di Kiev, Khamis lepas, di mana dua orang terbunuh dan tiga cedera termasuk anggota Parti Radikal, Ihor Mosiychuk.
Hasil carian imej untuk KIEV Kiev, Rusia.
Okuyeva pernah bekerja sebelum ini bersama Mosiychuk.
“Amina meninggal dunia akibat dari kecederaan itu manakala Adam Osmayev cedera parah tapi masih hidup. Saya baru bercakap dengannya melalui panggilan telefon,” kata Gerashchenko.
Insiden tersebut merupakan percubaan kedua dalam tahun ini untuk membunuh Osmayev yang berasal dari rantau Chechnya yang kebanyakannya penganut Islam.
Jun lepas, Osmayev terselamat dalam satu serangan oleh seorang lelaki bersenjata, manakala Okuyeva telah membalas tembakan itu dan mencederakan penyerang tersebut.
Mosiychuk menyalahkan Rusia atas insiden pengeboman minggu lepas, manakala pasukan polis Ukraine berkata penglibatan Rusia adalah salah satu motif yang akan disiasat.
Rusia telah menafikan tuduhan tersebut yang dikatakan tercetus dari sentimen anti-Rusia di Ukraine.
Hubungan antara Kiev dan Moscow musnah pada tahun 2014 selepas Rusia berjaya merampas semenanjung Crimea selain menyokong pemberontakan pro-Rusia di wilayah timur Ukraine.(IH)


Video: La ilaha ilallah (chechen nasheed)

ÇEÇEN ASLANLARI-CHECHEN LİONS

Çeçenistan Marşı Türkçe ( Yalnız Kurt'tur Her Çeçen )




giant-hypermarket5 Pasaraya Giant 
Akan Ditutup Serentak 5 November Ini..
Ini Solosi pekerjanya!
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

No comments:

Post a Comment