BELUM habis lagi nampaknya kecaman, sindiran dan perlian dilemparkan ke atas Pesuruhjaya PAS Perak, Haji Razman Zakaria, ekoran keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Ipoh, D Sunita Kaur Jessy, memerintahkan beliau membayar RM200,000 kepada Timbalan Pengerusi AMANAH Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, kerana kenyataan beliau di dalam akhbar Sinar Harian pada 2 Jun 2015 bertajuk “Pendekatan Nizar mirip DAP”.
Cara kecaman, sindiran dan perlian ini dilemparkan memperlihatkan seolah-olah hanya Haji Razman seorang sahaja yang menyifatkan Datuk Seri Mohammad Nizar sebegitu walhal pada hakikatnya ramai pemimpin lain yang bukan pun dari PAS yang turut mengeluarkan kata-kata yang lebih teruk terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar ini, di mana bezanya hanyalah bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar tidak mengambil tindakan terhadap mereka.
Antara pemimpin politik yang pernah menyelar Datuk Seri Mohammad Nizar adalah Pengerusi PPBM merangkap Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dirakamkan berkata:
“(Datuk Seri Mohammad) Nizar jadi Menteri Besar, tetapi Menteri Besar yang duduk di bawah telunjuk orang lain, kerana dia tahu nasib dia bergantung kepada orang itu, kalau orang itu tak sokong, dia jatuh, dengan itu dia akur kepada apa saja yang ditunjuk kepadanya.”
“(Datuk Seri Mohammad) Nizar jadi Menteri Besar, tetapi Menteri Besar yang duduk di bawah telunjuk orang lain, kerana dia tahu nasib dia bergantung kepada orang itu, kalau orang itu tak sokong, dia jatuh, dengan itu dia akur kepada apa saja yang ditunjuk kepadanya.”
Begitu juga dengan Ahli Majlis Tertinggi Umno merangkap Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, yang, sewaktu mengkritik Lim Kit Siang, direkodkan oleh portal berita Free Malaysia Today berkata “sejarah menunjukkan pemimpin Melayu akan dijadikan boneka DAP apabila pembangkang diberi kuasa” dan “kita lihat bagaimana Menteri Besar Perak (Datuk Seri Nizar Jamaluddin) ketika itu seorang Melayu tetapi jadi boneka DAP”.
Soalan yang relevan untuk ditanyakan di sini ialah, sama di dalam kes saman terpilih yang dikemukakan kepada saya oleh Naib Presiden PAN, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, tatkala ada pihak lain yang menyebut perkara lebih teruk mengenai beliau tetapi tidak diambil tindakan saman, mengapa Datuk Seri Mohammad Nizar hanya mengemukakan saman kepada Haji Razman sahaja tetapi tidak kepada Tun Dr Mahathir dan Datuk Bung Mokhtar?
Apa pun, Datuk Seri Mohammad Nizar sendiri mengakui, kepada portal berita Malaysia Kini bulan lalu, impak pelabelan terhadap beliau sewaktu mengulas perlantikan Pengerusi PPBM Perak, Ahmad Faizal Azumu, sebagai Pengerusi PH Perak dengan menyebut betapa Ahmad Faizal “tidak akan dibelenggu dengan tuduhan menjadi macai atau boneka suruhan DAP” yang disifatkan sebagai strategi UMNO yang turut memberi kesan kepada beliau sendiri.
Lebih jauh lagi, para pemimpin dan penyokong PAN tidak seharusnya bersikap keterlaluan di dalam merayakan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Ipoh ini dengan cuba menghitamkan Haji Razman dan cuba memutihkan Datuk Seri Mohammad Nizar kerana, seperti disebut terdahulu, bila keputusan ini dirayu di mahkamah lebih tinggi, mahkamah lebih tinggi mungkin sahaja mendapati bahawa D Sunita Kaur Jessy tersilap dalam membuat keputusan.
Datuk Seri Mohammad Nizar sendiri pun sebenarnya bukanlah suci dari mengata pemimpin lain sebelum ini kerana beliau sebagai contohnya pernah, di dalam kehangatan pemilihan PAS pada 2015, direkodkan dengan secara meluas oleh beberapa portal berita menyifatkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebagai “boneka Umno”, di mana bezanya hanyalah bahawa Datuk Seri Abdul Hadi tidak mengambil tindakan terhadap beliau.DR KAMARUL YUSOFF
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.
2 comments:
kah..kah..kahhh nampaknya takut juga Ibnu Hasyim dengan Datuk Nizar.Takut parti bulan kehilangan kelayakan para pemimpinya untuk bertanding pada PRU14 nanti akibat kalah saman.
Moga allah memberi kemenangan kepada pejuangan islam. Ameen
Post a Comment