
ORANG RAMAI membantu menolak kereta yang terkandas semasa bandar Jeddah dilanda banjir kilat kelmarin. Gambar ihsan Arab News
RIYADH – Banjir kilat akibat hujan lebat melanda Jeddah kelmarin mengakibatkan ramai pengguna kenderaan terkandas dan memaksa pihak berkuasa menutup sekolah dan universiti di bandar raya kedua terbesar Arab Saudi itu.
Portal berita Arab News melaporkan, Jabatan Pertahanan Awam menyelamatkan 400 mangsa banjir di sekitar kota suci Mekah dan menangani 250 aduan berkaitan renjatan elektrik.
Dua daripada mangsa yang terkena renjatan elektrik meninggal dunia, manakala tiga lagi berada dalam keadaan stabil,” kata jurucakap Pertahanan Awam Mekah, Kolonel Saeed Sarhan.
Di kota raya Jeddah, berpuluh-puluh orang diselamatkan daripada kenderaan yang terkandas akibat banjir, manakala hujan lebat dijangka berterusan sehingga semalam, kata pihak berkuasa Pertahanan Awam Arab Saudi.
Penduduk tempatan memuat naik klip video di media sosial dengan satu daripadanya memaparkan sebuah konvoi kenderaan rasmi mengharungi jalan raya yang bertukar menjadi seperti sebuah tasik.
Jabatan Pendidikan mengumumkan bahawa sekolah di Jeddah akan terus ditutup bagi menjaga keselamatan pelajar berikutan kebimbangan lebih banyak hujan akan turun.
Pihak berkuasa Meteorologi dan Perlindungan Alam Sekitar (GAMEP) berkata, hujan diramalkan berterusan di rantau itu termasuk di Jeddah, Usfan, Dhaban, Bahra, Khulais, Mekah dan Taif.

Saeed berkata, hujan lebat itu mengakibatkan kerosakan pada sejumlah harta benda awam dan persendirian ketika orang ramai mendesak pihak berkuasa menyiasat punca kelewatan pelaksanaan projek saliran banjir di Jeddah
Tambahnya, Jabatan Pertahanan Awam mewujudkan bilik koordinasi di semua bandar yang terjejas akibat banjir,
Banjir di Jeddah berlaku hampir setiap tahun dengan penduduk menyalahkan kelemahan infrastruktur sebagai puncanya.
Banjir di bandar Laut Merah itu meragut 123 nyawa pada 2009 dan mengorbankan kira-kira 10 orang dua tahun kemudian. – AFP/ Agensi.
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...



2 comments:
kompom ini mesti angkara DAP anjur oktoberfest
Pemimpin roket menentang Allah dan Rasulnya dan menipu rakyat dan melakukan kerosakan di bumi seperti memusnahkan alam sekitar maka kita tidak merasa hairan melihat negeri yang diperintah rejim roket KERAP dilanda banjir dan tanah runtuh yang meragut nyawa manusia yang tidak bersalah. Inilah akibat menyokong pemimpin kafir harbi.
Post a Comment