Saturday, November 04, 2017

Jika PAS Sabar Diikuti Solat Hajat, Ambiga Boleh Jadi Kawan.. -Subki Latif.


Hasil carian imej untuk subki latif ambiga
SAYA setuju dengan peguam Datuk Ambiga yang namanya disebut oleh pihak pembela dalam saman Presiden PAS TG Haji Abdul Hadi Awang terhadap Sarawak Report supaya biarkan mahkamah di England menguruskan perkara itu dulu.
Peri nama Ambiga disebut dalam perbicaraan itu telah jadi isu ribut dalam negara, menuntut supaya dia membuat penjelasan. Ramai yang mengambil kesempatan untuk menyusahkan Ambiga.
     
Saya kira tidak bijak orang di luar mahkamah campur tangan dan urusan perbicaraan itu sebelum mahkamah menyelesaikan tugasnya. Kiranya orang di luar PAS mengambil kesempatan untuk memanaskan masalah Ambiga itu, lantak merekalah, tetapi orang PAS sepatutnya diam dulu dan biarkan mahkamah menguruskan perkara itu.
     
Kita  mesti menerima hakikat mana-mana nama yang disebut dalam sesuatu perbicaraan, belumlah sah kesnya sebagai yang disebutkan itu. Ia mungkin betul dan mungkin tidak betul. Biarlah mahkamah menggunakan kearifannya menentukan perkara itu.

Kalau Ambiga merasa dirinya telah difitnah, maka dia tentu akan bertindak mengikut saluran yang betul bagi membersihkan dirinya.
     
Peguam kedua pihak tentu tidak membiarkan Ambiga lepas begitu saja kerana  dia sekarang sudah boleh dijadikan saksi  dan mereka tentunya mahu menang dalam perbicaraan, maka mereka boleh mengambil kira penampilannya membantu kemenangan masing-masing.
     
PAS tidak ada sebarang kerugian apabila nama Ambiga disebut. Kiranya betul dia jadi sumber/punca laporan Sarawak Report itu, maka kita bertambah dekat dengan pihak yang memulakan perkara itu.
     
Peguambela yang mahukan kesnya menang tentu akan akan mengguna semua sumber bagi membuktikan laporan Sarawak Report itu berasas.
     
Maka kita sekarang sudah bertambah dekat dengan apa yang dicari kiranya pembelaan pengarang itu betul. Peguam tentu akan dapatkan daripada Ambiga siapa yang memberitahunya. 
    
Apapun Ambiga jika boleh jadi saksi tentu sebagai peguam akan memberi kerjasama kepada mahkamah, betul atau tidak betul dia berkata begitu kepada pengarang media itu. Jika dia menafikannya, maka ia akan jadi masalah antaranya dengan pengarang itu.
    
Biarkanlah mereka menyelesaikan masalah mereka. PAS tiada rugi apa-apa, sebaliknya dapat menonton apa hendak jadi atas perkara itu.
     
PAS tidak perlu berprasangka dengan Ambiaga. Kena gayanya dia membantu PAS bagi mengetahui siapa yang memberitahunya? Jika dia yang mereka perkara itu, maka Sarawak Reportlah yang akan menghadapinya pula. PAS tidak perlu susah dengan Ambiga. Soal utama bagi PAS sekarang ialah mahu membuktikan Sarawak Report memfitnahnya dan bagaimana dia dapat cerita itu?
Kita pula hendak  tahu sumbernya. Sekutu-sekutu PAS sesama Pakatan Rakyat dulukah? Atau DAP kah. Atau Umno sendiri? Atau mungkin orang PAS sendiri khususnya yang lari parti itu. Orang PAS yang setianya tidak berbelah bagi kepada jemaah tidak akan khianat pada partinya.
    
Dan mungkin juga yang kencang membalun Ambiga atas sebutan di mahkamah England itu yang memberitahu demikian kepada Ambiga dan gelabah kalau Ambiga dengan bukti cukup memberitahu melalui saluran betul dialah sumbernya.
      
Jika PAS sabar dan diikuti dengan solat hajat, Amiga boleh jadi kawan dalam mencari kebenaran dan keadilan semasa menghadapi saman yang difailkannya itu. – HARAKAHDAILY 3/11/2017




giant-hypermarket

5 Pasaraya Giant Akan Ditutup Serentak 5 November Ini..
Ini Solosi pekerjanya!
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails