Wednesday, November 29, 2017

Judi Dalam Talian Guna Kondominium Mewah Pula.



TAKTIK licik sindiket perjudian dalam talian yang kini menjadikan kondominium mewah sebagai lokasi perjudian terbongkar apabila diserbu sepasukan anggota dan pegawai dalam serbuan di kondominium di Taman Castlefields, Cheras, hari ini.
Dalam serbuan pada 4.30 pagi itu,enam individu termasuk tiga pemain berusia 20 hingga 30 tahun ditahan.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, sindiket menggunakan modus operandi baru dengan menjadikan kondominium sebagai lokasi terbaru untuk berjudi.

Beliau berkata, siasatan mendapati pekerja premis berkenaan akan menunggu pelanggan di bawah kondominium berkenaan dan akan membawa pemain ke tingkat atas kondominium berkenaan.
"Sekiranya ada pelanggan yang berminat untuk berjudi,mereka akan membawa pelanggan naik ke rumah berkenaan.
"Sindiket berkenaan dipercayai sudah dua minggu menjalankan perniagaan haram berkenaan dan beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam," katanya.
Abdul Ghani berkata, pihaknya merampas 10 komputer riba, wang tunai RM105 dan lapan telefon pintar.
"Semua individu yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk siasatan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963," katanya. (hmetro)


Lihat sebelum ini..

No comments:

Post a Comment