SEKUMPULAN jururawat di sebuah hospital terpaksa menahan malu selepas dipaksa membuat tarian seksi di hadapan pegawai tinggi hospital berkenaan.
Ia mencetuskan kemarahan ramai selepas video jururawat terbabit membuat persembahan di atas pentas itu tersebar di media sosial.
Jururawat terbabit memakai seluar pendek dan mereka yang dipaksa membuat persembahan ini adalah jururawat baharu, justeru mereka tidak boleh menolak arahan yang diberikan.
Insiden itu berlaku di Sacred Heart Hospital di Chuncheon, Korea Selatan pada bulan lepas.
Keadaan ini menyebabkan Persatuan Jururawat Korea mendesak siasatan dijalankan.
“Terdapat jururawat yang bekerja lebih masa, bayaran rendah dan selalu kerja lebih masa. Melihat kepada keadaan ini, skandal tersebut merupakan penghinaan kepada jururawat ini,’’ kata persatuan terbabit.
Dan selepas video itu menjadi tular, ramai jururawat yang tampil ke depan dan memaklumkan mereka pernah disuruh melakukan tarian yang sama.
“Kami disuruh berbaring di atas lantai dan mengangkang kaki di depan pesakit serta keluarga mereka,” kata seorang jururawat.
Dalam pada itu, Kementerian Buruh memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan dan jika melanggar undang-undang, pegawai hospital itu akan dipertanggungjawabkan. – Mynewshub.cc
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di Korea Selatan, jururawat dipaksa membuat tarian seksi di hadapan pegawai tinggi hospital berkenaan. Di Malaysia ada hotel yang cuba paksa pekerjanya buka tudung tutup aurat.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di Korea Selatan, jururawat dipaksa membuat tarian seksi di hadapan pegawai tinggi hospital berkenaan. Di Malaysia ada hotel yang cuba paksa pekerjanya buka tudung tutup aurat.
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.
No comments:
Post a Comment