Tuesday, November 21, 2017

Kemunculan Semula Khalid Ibrahim, Tanda Amaran Pengundi Cina….




AIDCNews -20/11/17-Sepatutnya hanya dua tiga kerat sahaja pengundi Cina yang muncul semasa ceramah tokoh-tokoh politik yang dipecat DAP, namun berbeza dengan ceramah pada Sabtu yang menampilkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Bertempat di medan selera Bukit Teratai, pengundi Cina masih mengerumuni ceramah Khalid bersama dua tokoh DAP yang dipecat keahlian, bekas ADUN Teratai, Jenice Lee dan bekas ADUN Teluk Datuk, Philip Tan.
Signal menarik pengundi Cina menjelang PRU 14 itu turut diulas oleh Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard.



Menurutnya, dengan perkembangan terbaharu itu, Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP perlu berfikir semula jika mereka masih menganggap pengundi Cina adalah deposit tetap pembangkang.
“Perkembangan kehadiran penyokong khususnya di kawasan Pandan yang melibatkan pengundi bukan Melayu yang kononya selama ini PH anggap sebagai ‘stock’ undi mereka harus diberi perhatian oleh PH.
“Kemunculan sosok Khalid Ibrahim yang mampu menarik pengundi bukan Melayu kawasan bandar harus diberi perhatian khusus,”katanya dalam Facebook.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah masyarakat Cina Selangor sudah mula menilai balik pemimpin-pemimpin mereka yang dipecat oleh DAP dulu? Begitu juga  kepada bekas MB Selangor Khalid Ibrahim yang dipecat oleh partinya PKR dalam projek 'Langkah Kajang'? 
Apakah ini pertanda awal rakyat Selangor akan menolak pimpinan yang ada sekarang? Bahkan momentum baru mula terserlah dan mengorak langkah! Baguslah, buang yang keruh, ambil yang jernih. Yang keruh hanya dari DAP, PKR dan UMNO. PPBM baru nak mula kacau daun melalui DAP!
Lihat sebelum ini..


1 comment:

Anonymous said...

Sejak isu banglo terlajak murah terbongkar, sifu roket selalu mengalami terketar lutut , tangan dan teloq, mengalami halusinasi dan delusi, tidak boleh tidur di waktu malam, ketakutan, berpeluh cemas, murung dan bercakap tak logik dan selalu kencing rakyat sebab keluar masuk mahkamah kerana dakwaan rasuah. Bimbang masuk ke dalam untuk beberapa tahun makan free !

Gejala sakit jiwa ini berterusan walaupun anon 8:55 AM dan cybertrooper dedak ternakan roket berusaha mengampu sifu roket dengan mengurut teloq sifu roket dan menjaja fitnah untuk memburuk-burukkan parti Islam dan ulama Islam. Amat memalukan !
Sifu punya hati manyak susah ma ! Parti roket and the gang akan lingkup dalam PRU14 !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails