Saturday, November 11, 2017

Kenapa K'tan Tidak Perlu Tukar K'jaan? -MB




MB Kelantan memberittahu kita semua kenapa Kelantan tidak perlu menukar kerajaan. MB Kelantan tidak memberitahu secara terus tetapi menerusi responnya kepada banjir yang sedang melanda Penang. 


MB Kelantan tidak sedikitpun mengambil peluang memulangkan paku buah keras kepada LGE yang satu ketika dulu cukup cukup menghina beliau, malah beliau sedikitpun tidak menunjukkan dendamnya terhadap keceluparan mulut LGE serta beberapa pemimpin PH yang ada di Kelantan.

Sebaliknya jawaban beliau kepada musibah banjir Penang jelas memberitahu kita semua khususnya rakyat Kelantan, kenapa PH yang beria-ia nak rampas kerajaan Kelantan tidak harus dijadikan kerajaan. Hujah yang pertama ialah sebab PH liberal! 

Rakyat Kelantan ialah rakyat serambi Mekah, yang membawa maksud rakyat yang cukup teguh pengangan ugamanya. PH datang untuk mengubah pegangan ini, dengan jelas sudah dibuktikan oleh Husam yang ke sana ke mari untuk membuat tuduhan demi tuduhan yang tidak ada asas sedikitpun malah banyak tuduhannya kantoi begitu saja.

Ini adalah ciri liberal yang dibawa Husam, sebab liberallah mengizinkan berpolitik menghalalkan cara yang ditolak secara total oleh rakyat serambi Mekah. MB  Kelantan dengan jelas pula menunjukkan akhlak dan ciri ciri seorang pemimpin yang berilmu dan beramal serta tawaduk. 

Beliau tidak mengutuk sesiapapun walaupun beliau teruk dikutuk semasa Kelantan ditimpa banjir dulu. Di mana nak dicari pemiimpin berkualiti sebegini? Andainya rakyat Kelantan menolak kepimpinannya dan menerima seorang yang memiliki akhlak seperti Husam Jin kuasa 10, alamat rugilah negeri Kelantan.

Rakyat Kelantan cuma perlu bertanya diri sendiri, pemimpin mana yang hendak mereka jadikan pemimpin mereka? Kalau dulu ramai pihak termasuk Husam dan lain lain pemimpin PH menerima dan memuji kepimpinan TGNA, MB Kelantan sudah menonjolkan ciri ciri menyerupai TGNA dan barang diingat MB sekarang dipilih oleh TGNA sebagai penggantinya. (TKO)


IKLAN:

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

3 comments:

Nobody said...

Apa tuduhan Husam yang kantoi???

Pejabat Climate Protector dah jumpa ke???

Bodoh punya kerajaan negeri, benda mudah macam tu pun tak tahu!!!

Buat pasar besar jamban!!! Buat rumah pun besar jamban jugak!!! Ada lagi rakyat tak ada rumah daripada banjir 4 tahun lepas!!!

Itu yang kau nak cakap tak payah tukar kerajaan??? Dah jadi bodoh ke???

Anonymous said...

Buah menunjukkan pohon, begitulah ke'tidak cerdik'an anon di atas.

Nobody said...

Kaulah yang tak cerdik!!!

Pasar besar jamban, rumah pun besar jamban, alamat Climate Protector pun tak jumpa, kau pergi tuduh aku menunjukkan "ketidak-cerdikan", satu fakta pun kau tak boleh beri, buat serangan peribadi macam tu, orang baca pun tahulah kau ni betul-betul bodoh!!!

Siapa nak percaya kau cakap orang lain menunjukkan "ketidak cerdikan" bila kau sendiri yang bodoh???

Orang bodoh macam kau cakap mana ada fakta!!!

Kau sebut pada aku fakta bahawa alamat Climate Protector sudah dijumpai atau pasar baru tu lebih besar daripada jamban???

Pasar besar jamban, rumah pun besar jamban, memang kerajaan PAS Kelantan kerajaan jamban!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails