Thursday, November 09, 2017

Kisah 'rumah kecil' K'tan Diserang Fitnah..



Siapa sangka rumah kecil yang dibina hasil gotong-royong masyarakat setempat dan sedikit bantuan kerajaan negeri Kelantan pada tahun 2011 kini tular di media sosial dengan lemparan fitnah pihak tidak bertanggungjawab.


Kesal dan sebak melanda Zolkefli Bedullah, 50, apabila kediamannya yang dibina atas keprihatinan orang ramai itu menjadi sasaran fitnah pihak tertentu sejak beberapa hari lalu.

Menurutnya, walaupun keluasan hanya sekitar 144 kaki persegi rumah yang terletak di Kampung Panchor, Pengkalan Chepa, Kota Bharu itu sudah mencukupi sebagai tempat berlindung.

"Saya hanya sebatang kara, dengan pergerakan terbatas saya bersyukur masih ada yang prihatin dengan kesusahan saya hadapi selama ini," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Terdahulu, pihak yang dipercayai cybertroopers parti politik bertindak menghentam kerajaan negeri Kelantan dengan dakwaan membina sebuah rumah dengan saiz kecil untuk rakyat.



Seorang pengguna Facebook dengan nama Srikandi Malaya melalui status memaparkan gambar rumah tersebut.

"Rumah yang disediakan kerajaan negeri katanya. Keluasan 12' x 12' tanpa bilik, dapur dan bilik air.
"Kalau tidur berbaring boleh muat dua orang, kalau tidur berdiri boleh muat 20 orang. Ini namanya berfikir diluar kotak," katanya dalam kapsyen gambar tersebut.

Tinjauan Malaysiakini ke rumah tersebut mendapati, bangunan yang dibina dengan kos kira-kira RM9,000 itu begitu padat menempatkan sebuah katil, peti sejuk, mesin basuh, televisyen, radio, pakaian bergantungan dan beberapa peralatan elektronik rosak serta dilenglapi sebuah tandas.

Sebelum ini, Zolkefli (gambar, bawah) berkerja sebagai seorang juru elektronik yang berkemahiran membaiki peralatan eletrik seperti kipas, televisyen, radio dan peti sejuk.



Namun, kesihatan yang merosot susulan menghidap penyakit kencing manis dan buah pinggang, lelaki yang juga dikenali sebagai 'Rambo' di kalangan rakan-rakannya kini tidak berkemampuan untuk bekerja.

Malah, setiap tiga kali seminggu dia terpaksa ke hospital untuk menjalani rawatan buah pinggang.

Pergerakannya kini terbatas dengan bantuan kerusi roda lebih-lebih lagi selepas kaki kanannya terpaksa dipotong pada Mac tahun lalu selepas penyakit diabetis dialaminya kian merebak.

"Saya terkejut apabila diberitahu seorang rakan rumah saya ini tiba-tiba menjadi sasaran fitnah atas tujuan politik.

"Kemudian saya tengok sendiri di Facebook. Ini satu perbuatan tak bertanggungjawab dan berniat jahat.



Gambar yang viral itu gambar lama, ketika wakil rakyat datang merasmikan rumah apabila siap dibina," katanya dengan nada kesal sambil menggesa pihak tersebut datang sendiri menziarahinya untuk mengetahui keadaannya.


Mengulas lanjut katanya, pada awalnya dia mahu membina sendiri rumah tersebut bagi menggantikan rumah asal yang terlalu uzur, tetapi kewangannya terbatas.

"Masa itu saya dah beli bahan-bahan binaan dan minta tukang rumah menyatakan kosnya. Tetapi saya tak mampu.

"Sehinggalah ada orang sekampung datang dan minta bantuan daripada kerajaan negeri melalui Datuk Mohd Amar (Nik Abdullah)," katanya yang berharap isu rumahnya tidak lagi dijadikan modal politik mana-mana pihak.

Mohon sumbangan kaki palsu

Sementara itu Zolkefli berkata, dengan situasi hidupnya yang serba kekurangan kini dia berharap sekiranya mana-mana pihak sudi menyumbang kaki palsu.

"Saya ada menerima bantuan RM350 sebulan oleh JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan pernah memohon sumbangan kaki palsu tetapi tergenggala kerana sukar untuk menyediakan dokumen diperlukan JKM seperti sebut harga daripada kedai.

"Saya nak bergerak ke sana ke sini memang tak berdaya lebih-lebih lagi jarak jauh. Pergi hospital pun upah orang hantar," katanya.

"Jadi saya berharap kalau ada mana-mana pihak yang sudi beri sumbangan kaki palsu.

"Dengan adanya kaki palsu ia sedikit-sebanyak memudahkan pergerakan saya, " tambahnya.

Note: Memang puak parti AMANAH (PAN) dan cybertropper lebih jahat daripada UMNO. Banyak buat fitnah kepada kerajaan PAS Kelantan. - AO 




Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

No comments:

Post a Comment