Sunday, November 12, 2017

Kongres Khas DAP Yang Lucu,: LGE Puji BN. Ada Kaitan Rasuah?



SHAH ALAM – Mungkin bimbang kes skandal rasuah hartanahnya mula dibicarakan di mahkamah minggu depan, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ‘terpaksa’ memuji Barisan Nasional (BN).

Langkah pelik tetapi lucu beliau itu yang memuji musuh ketat politiknya berhubung isu banjir di Pulau Pinang minggu lalu dijangka mungkin cetus perasaan kurang senang dalam kalangan kepimpinan Pakatan Harapan (PH).
Berucap pada Kongres Khas DAP sempena pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) di sini hari ini, Ahli Parlimen Bagan itu secara terbuka memuji ramai tokoh BN sama ada peringkat Persekutuan atau negeri.
Guan Eng dilaporkan media tempatan berkata bahawa usaha pemimpin BN itu berjaya mendekatkan semua pihak yang terlibat dalam bencana terburuk itu sebagai rakyat Malaysia tanpa kira perbezaan kaum, agama atau politik.
“Saya menghargai kerjasama daripada Kerajaan Persekutuan atas tindakan pantasnya terhadap mesej rayuan saya untuk memohon bantuan kecemasan dengan segera pada hari yang malang itu pada awal pagi 5 November lalu.
“Saya berterima kasih Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Tan Sri Noh Omar atas bantuan mereka.
“Saya juga ingin ucap terima kasih kepada pihak bomba, polis, Rela dan semua agensi negeri dan Persekutuan, serta banyak pertubuhan bukan kerajaan kerana bersungguh-sungguh bantu dengan ikhlas,” luah Guan Eng sayu.
Namun dalam pujian tersebut hanya terselit satu sahaja pemimpin PH iaitu Azmin dan beliau langsung tidak pula menyebut nama Ketua Pembangkang, Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ahli Parlimen PKR di Permatang Pauh.

Hasil carian imej untuk rasuah guan eng
Gambar ini tersebar di internet..

DAP mengekalkan hampir semua anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) lalu dalam pemilihan semula dengan pemimpin veteran parti itu, Lim Kit Siang memperoleh undi terbanyak.
Guan Eng juga tidak sebut nama rakan gabungan PH lain padahal mereka sepatutnya lebih banyak hulur bantuan daripada kerajaan BN yang sering dikutuk beliau selama ini tanpa henti termasuk digelar hina sebagai parti gila!
Bukan untuk mempolitikkan keadaan, namun rakan gabungan empat parti komponen PH itu dilihat lebih ‘sibuk’ berarak dari Parlimen ke Dataran Merdeka memperingati 1,000 hari Anwar Ibrahim dipenjara atas kesalahan liwat.
Justeru jika Ketua Menteri Pulau Pinang itu benar-benar menghargai usaha rakannya dalam PH, nama pemimpin utama pembangkang seperti Wan Azizah dan Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamed tidak patut tercicir.
Mungkin juga, Wan Azizah tidak meminta DAP untuk sebut namanya sebagai tanda penghargaan, tetapi ia seolah-olah mengabai terus penghormatan yang sepatutnya diberikan kepadanya sebagai Ketua Pembangkang.
Sementara itu, Guan Eng berkata sehingga pukul 7.30 pagi tadi, tabung bantuan banjir Pulau Pinang anjuran DAP menerusi akaun parti tersebut sendiri sudah menerima sejumlah RM7.5 juta hasil sumbangan orang ramai.
Dalam kejadian banjir terburuk di negeri itu pada 4 dan 5 November lalu, tujuh orang dilaporkan terkorban manakala kerugian harta benda ditaksirkan bernilai jutaan ringgit. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
IKLAN:
Imej yang berkaitan

'Bukan nak tutup periuk nasi orang kita di Australia' -Utusan Online

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

2 comments:

Anonymous said...

Mana Nobody, Nampak gaya Ketua Musyriqin Penang akan masuk kandang sebab isu salah guna kuasa banglo terlajak diskaun

Anonymous said...

Nobody tak da. Sebagai ahlul PAN dia tengah layan Vaganza kat Astro Ria. Ada orang kuat masuk Vaganza

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails