Tuesday, November 14, 2017

Kurang Ajar... Menteri Berang Hotel Larang Pekerja Bertudung.


Kurang ajar... itu kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengulas tindakan segelintir pemilik hotel yang melarang pekerja wanitanya memakai tudung.
Dalam sidang akhbar di Parlimen hari Nazri menyifatkan perbuatan tersebut sebagai suatu tindakan kurang ajar dan tidak bertanggungjawab.
Beliau mengingatkan pemilik hotel yang menjalankan perniagaan di negara ini perlu menghormati undang-undang tubuh negara Malaysia yang menggunakan Islam sebagai agama rasmi.
"Dia (hotel antarabangsa) telah melanggar Perlembagaan Persekutuan. Apa sahaja aktiviti tidak boleh bertentangan dengan semua ini (Perlembagaan Persekutuan).
"Sepatutnya dia (hotel antarabangsa) yang datang ke negara kita kena hormat (budaya) negara ini,"katanya.
Sementara itu, Ketua Penerangan Mahasiswa Turun Parlimen (MANTAP) Sesi 7, Nik Muhammad Syukri Samudi berkata larangan tersebut adalah tindakan yang mencabar sensitiviti umat Islam.
Menurutnya, kaum wanita di negara ini tidak wajar sama sekali dihalang daripada mempraktiskan kepercayaan agama.
"Isu ini menimbulkan prasangka bahawa umat Islam tidak bebas mengamalkan ajaran agama di dalam negara sendiri semata-mata alasan polisi antarabangsa sedangkan hotel-hotel tersebut beroperasi di Malaysia.
"Lebih penting tudung bukan menjadi penghalang mutu kerja dan tiada sebab untuk melarangnya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas apabila Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (Uni-MLC) mendedahkan kakitangan hotel mengadu pekerja wanita Islam diarahkan menanggalkan tudung mereka.
Tambahnya, Persatuan Hotel Malaysia (MAH) mempertahankan tindakan operator hotel yang melarang pekerja wanita beragama Islam bertudung bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan (frontline) adalah keterlaluan dan bersifat diskriminasi terhadap wanita Islam.
Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif MAH, Yap Lip Seng berkata hotel tidak pernah mengeluarkan larangan kepada pekerja wanita di bahagian khidmat pelanggan memakai tudung, sebaliknya perkara itu bergantung kepada budi bicara dan kebijaksanaan pihak pengurusan menangani isu itu.
Katanya, walaupun rangkaian hotel antarabangsa mempunyai prosedur operasi standard (SOP) pakaian seragam yang perlu dipatuhi pekerja, ia bukan bertujuan mendiskriminasi kakitangan bertudung.-14/11/2017 (AD)
IKLAN:
Imej yang berkaitan

'Bukan nak tutup periuk nasi orang kita di Australia' -Utusan Online

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

No comments:

Post a Comment