Wednesday, November 08, 2017

Kutip Bantuan Mangsa Banjir, Masuk Tabung DAP ?


AIDCNews -07/11/17-Agak pelik apabila meminta sumbangan bagi Tabung Bantuan Ribut dan Banjir tetapi dimasukkan ke akaun parti, namun ia bukan suatu perkara yang pelik di Pulau Pinang.
Menurut ASSU amalan memasukkan sumbangan ke dalam akaun parti bertentangan dengan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang dilaungkan Kerajaan DAP Pulau Pinang.
Orang awam yang ingin menderma kepada Tabung Bantuan Bencana Ribut dan Banjir boleh hantar sumbangan cek ke pejabat DAP Penang di No.3, Jalan Rangoon, Georgetown atau deposit dalam akaun:’DAP Penang’ Maybank 5070-1301-4596
Semua dana yang terkumpul akan diserahkan kepada Kerajaan Negeri. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 04-2288482.
Kerajaan Pulau Pinang dibentuk oleh beberapa parti seperti DAP, PKR dan PAS. Di mana slogan Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), sekiranya sumbangan orang ramai terhadap mangsa-mangsa banjir dimasukkan ke dalam parti politik?
Sepatutnya segala derma dari orang ramai perlu dimasukkan ke dalam akaun Kerajaan Negeri di bawah Tabung Kecemasan.
Kedua, bagaimana DAP Pulau Pinang ingin mengasingkan dana banjir dan dana parti? Siapakah yang dapat memastikan dana mangsa banjir dapat diaudit dengan sempurna dan tidak diseleweng.
Kita pasti dan yakin DAP tidak sekali-kali dapat dan boleh dipercayai dari segi angka. Ini terbukti di dalam pemilihan parti Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sekalipun, kiraan EXCEL boleh salah. Apatah lagi sumbangan mangsa banjir yang mungkin mencecah ribuan ringgit.
Dan aku juga tertanya – tanya mana pergi wang berbillion ringgit kerajaan negeri hasil penjualan tanah kepada syarikat – syarikat pemaju? Duit inilah yang sepatutnya digunakan untuk membantu mangsa banjir tetapi entah ke mana pergi wang ini.


Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

1 comment:

  1. APA NAK BUAT PERTUBUHAN KAMI BANYAK KHADAM. DULU KHADAM KAMI PARASIT DI BULAN, TAPI BULAN PANDAI REJECT PARASIT. PARASIT LA NI JADI KHADAM KAMI.

    TAPI KHADAM PUN ADA KENA PAKAI ONGKOS. INGAT FREE KA SELEBRITI2 SELFIE AMOY LANGGAR DADA DAN LEMAPQ MIKROFON NAK MENGKHADAMKAN DIRI.

    KAMI DI GRASSROOT PENANG TAU INI KHADAM SEKUPANG TAK GUNA. LELONG FREE PUN TAK DA SAPA NAK. ITU SEBAB CHE DET PUN TAK AMBIL KHADAM KELANTAN SEBAGAI AHLI PARTI BELIAU. TETAPI MALANGNYA ABUYA SIFOO TERLAMPAU PERCAYA ABANG MIKE.

    ReplyDelete