Tulisan asal oleh:
Lim Sian See,
Lim Sian See,
Facebook Lim Sian See, 6 November 2017
Rancangan Pakatan untuk memindahkan kekayaan kepada golongan kaya.
Dalam Bajet 2018 mereka, Pakatan Harapan berkata mereka mahu menghapuskan semua tol. Walaupun betapa besarnya janji itu, ia hanyalah satu ayat dalam keseluruhan 100 halaman Bajet mereka.
Dalam Bajet 2018 mereka, Pakatan Harapan berkata mereka mahu menghapuskan semua tol. Walaupun betapa besarnya janji itu, ia hanyalah satu ayat dalam keseluruhan 100 halaman Bajet mereka.
Mereka malah mengakui bahawa ia mungkin menelan kos RM40 bilion untuk membeli lebuh raya PLUS sahaja tetapi tiada jumlah sebenar yang diberikan untuk banyak jalan raya bertol yang lain.
RM40 bilion adalah hampir 6 kali ganda RM6.8 bilion yang Kerajaan Persekutuan bayar untuk BR1M yang berjumlah sehingga RM1,200 untuk 7 juta orang dalam tahun 2018.
Memandangkan sebahagian besar jalan bertol terletak di pantai barat Malaysia dengan kebanyakkannya terletak di Lembah Klang, apa manfaat yang diterima oleh orang dari Negeri Pantai Timur, Sabah dan Sarawak dari janji Pakatan ini?
Adakah rakyat di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak tidak penting? Mereka juga pembayar cukai, mengapa mereka harus memberi subsidi kepada rakyat di negeri-negeri Pantai Barat dan Lembah Klang?
Mudah sahaja.. Negeri-negeri pantai timur, Sabah dan Sarawak membayar cukai pendapatan, menyumbang kepada KWSP, membayar GST, yang kemudiannya digunakan untuk membeli konsesi tol dan membayar bon dan pinjaman, dan faedah yang mereka terima untuk menghapuskan kesemua tol adalah KOSONG.
Sudah pasti ini adalah pemindahan subsidi dan kekayaan dari negeri berpendapatan rendah ke kawasan Pantai Barat dan KL yang lebih kaya.
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.
1 comment:
Ini bodohnya pemikiran, contoh paling mudah di Selangor dan Penang berapa orang kaya yang telah mendapat pindahan kekayaan dari kerajaan negeri terbabit? Yang pasti kerajaan pusat telah mengecualikan banyak cukai dari orang2 kaya manakala seluruh rakyat miskin atau kaya terpaksa bayar cukai sama dalam GST.
Post a Comment