PADA malam ini (semalam), Dewan Rakyat telah meluluskan Bajet 2018 setelah ia melalui perbahasan di peringkat Dasar dan Jawatankuasa, serta dibacakan Kali Ketiga.
Anehnya, ramai Ahli Parlimen Pakatan Harapan menghilang dari dewan malam ini sedangkan inilah peluang terbaik mereka untuk meminta Undi Belah-Bahagian lagi.
Mungkin mereka sudah malu agaknya kerana semalam Tan Sri Speaker mendedahkan kesilapan keputusan pengundian Undi Belah-Bahagi Bajet KPDNKK dulu adalah berpunca daripada Ahli Parlimen PKR Kapar yang tidak menanda kertas undi Ahli Parlimen DAP Stampin yang hadir ketika pengundian.
PH gagal dalam pengundian kerana kesilapan mereka sendiri tetapi dua Ahli Parlimen PAS yang berkecuali pula dipersalahkan.
Hakikatnya, Pakatan Harapan hanya bermain-main sahaja ketika pengundian lepas. Jikalau benar mereka mahu membela rakyat yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup, harga barang dan petrol, mengapa malam ini ketika Bajet 2018 melalui Bacaan Kali Ketiga tidak pula PH minta Undi Belah-Bahagian?
Ketika ramai Ahli Parlimen PH gagal hadir ke dewan pada malam ini, ke mana suara juak penyokong PH yang hanya lantang mempertikaikan kehadiran Ahli Parlimen PAS?
Tidak ada pula tuduhan kepada MP PH kesayangan mereka sebagai MP Pasu Bunga, MP Ponteng, MP Makan Gaji Buta.
Kasihan melihat penyokong PH, mereka begitu sibuk menyerang PAS tanpa sedar mereka ditipu oleh pemimpin PH sendiri.
Adakah rakyat sedia memberi kepercayaan dan menaruh harapan kepada PH untuk mentadbir negara ini?
Belum pun mereka memerintah, sudah banyak sandiwara dan penipuan yang dilakukan.
Pakatan Harapan yang tidak boleh diharapkan.... – HARAKAHDAILY 29/11/2017
Catatan oleh Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
Hoi barua-barua dedak ternakan DA-Pig ! Mengapa kamu berdiam diri membisu sejuta bahasa takut untuk memaki hamun pemimpin Pakatan Tiada Harapan kerana ponteng parlimen? Telur kamu hilang digigit anjing? Kamulah khadam syaitan yang terdiri dari pemimpin liberal dan kafir harbi! Inilah akibat barua makan dedak roket. Bangang dan buta hati!
ReplyDeleteMengapa macai-macai pakatan haprak masih berdiam diri tidak mahu mengutuk atau memaki hamun pemimpin mereka sendiri kerana ponteng perbahasan patlimen? Adakah macai-macai ini tercekik dedak cap roket sehingga mereks tidak boleh bersuara?
ReplyDelete