KUALA LUMPUR: Pengundi Melayu tidak semestinya menyokong pembangkang walaupun mereka “meluat” dengan kerajaan sedia ada, kata Prof Jomo Kwame Sundaram.
Pakar ekonomi terkemuka itu berkata, masyarakat Melayu tidak pernah melihat perbuatan tamak dan tidak bermoral yang ditunjukkan kerajaan sedia ada.
“Tetapi, pada masa sama, mereka tidak akan menerima pembangkang. Mereka sentiasa diingatkan Lim Kit Siang akan menjadi perdana menteri,” katanya merujuk penasihat DAP itu.
“Wujud perasaan sangat bimbang,” katanya pada forum bertajuk “Envisioning the Future: Malaysia Beyond GE14”.
Pemimpin Umno, NGO Melayu sayap kanan dan media Melayu berulang kali mendakwa Lim menggunakan platform Pakatan Harapan (PH) untuk menjadi perdana menteri.
Pemimpin PH bagaimanapun menolak dakwaan itu dengan berkata, ia sekadar permainan Umno untuk menakutkan orang Melayu daripada mengundi pembangkang.
Jomo berkata, ada banyak petunjuk orang India dan Cina kurang menentang Barisan Nasional (BN).
“Lebih penting, mereka tidak sabar melihat apa yang boleh ditawarkan pembangkang kepada mereka.”
Terdahulu, beliau menyuarakan kebimbangan terhadap “ketidakcekapan” pembangkang yang hanya akan menguatkan kerajaan sedia ada.
Beliau memberi amaran pertandingan 3 penjuru akan membantu BN mendapat majoriti dua pertiga, manakala jumlah kerusi yang dimenangi PH akan berkurangan.
Jomo berkata, undi menentang Umno tidak semestinya membantu pakatan pembangkang kerana ia adalah perpecahan undi.
“Pengundi mempunyai 2 pilihan, sama ada PAS atau PH,” katanya sambil menambah keyakinan orang Islam dan Melayu terhadap PH terjejas.
Oleh itu, katanya, orang Melayu mungkin menyokong PAS, kecuali parti komponen PH dan parti Islam itu boleh bekerjasama seperti pilihan raya umum lalu.
“Ia aritmetik mudah, bukannya sesuatu yang sukar difahami.”
Ini Solusi pekerjanya!
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.
1 comment:
Kamu kena buat kajiselidik dulu le, baru boleh buat rumusan, ini duk main tembak rambang macam budak2 saja.
Post a Comment