SUKAN
PUTRAJAYA – Pengamal Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) di Malaysia tentunya berasa kecewa apabila Hong Kong pula berjaya dipilih secara rasmi sebagai hos Sukan Gay Dunia 2022.
Pemilihan pulau bekas jajahan British yang kemudian ditadbir China itu menjadikan Hong Kong muncul bandar raya pertama di benua Asia diberi penghormatan, kata Persekutuan Sukan Gay (FGG) di Paris, Perancis kelmarin.
Proses bidaan pusingan akhir menyaksikan Hong Kong menewaskan Guadalajara, Mexico dan Washington DC, Amerika Syarikat (AS). Sejumlah 17 bandar raya membida termasuk Tel Aviv, Israel dan Capetown, Afrika Selatan.
Namun, berita ini ternyata mengecewakan golongan LGBT di Malaysia yang berbangga gah sebagai jaguh sukan untuk kelompok terkutuk amalam kaum Sodom dilaknat Tuhan pada zaman Nabi Luth AS ribuan tahun lalu itu.
Untuk rekod, Malaysia merupakan tuan rumah pertama temasya sukan tahunan gay terbesar Asia pada 2002 lalu yang juga dikenali sebagai The Straits Games dan sudah menjadi hos sebanyak enam kali dengan penuh jayanya.
Ia menjadi platform kepada atlet gay terbaik Malaysia beraksi pula dalam Sukan Gay Dunia termasuk harum nama negara apabila berjaya raih beberapa pingat perak dan gangsa ketika kejohanan sama di Cleveland, AS pada 2014.
Antara atlet Malaysia yang mencipta nama dalam sukan ala bertaraf Olimpik itu ialah Shahril Azam Sabri menerusi acara badminton. Sukan Gay Dunia edisi ke-10 pula bakal berlangsung di Paris dari 4 hingga 12 Ogos tahun depan.
Kegagalan Malaysia dipilih sebagai tuan rumah kemungkinan besar disebabkan oleh usaha pihak kerajaan menyekat aktiviti LGBT secara terbuka meskipun disokong kuat dari pelbagai kumpulan badan sukarela propembangkang.
Malahan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sendiri tidak pernah mengiktiraf FGG atau memberi hadiah insentif kemenangan kepada atlet Malaysia yang berjaya dalam mana-mana kejohanan gay serantau dan antarabangsa.
Bagaimanapun kebelakangan ini gerakan LGBT di benua Asia semakin rancak selepas Taiwan muncul negara Asia pertama meluluskan perkahwinan sejenis di Parlimen manakala Singapura membenarkan perarakan Gay Pride.
Di Kuala Lumpur pula, selain bendera pelangi kebanggaan puak LGBT berkibar megah setiap kali perhimpunan haram propembangkang anjuran Bersih saban tahun, aktiviti Gay Iftar juga diadakan secara terbuka baru-baru ini.
Sukan Gay Dunia bermula pada 1982 lalu di San Francisco, AS dan dirasmikan Presiden Ronald Reagan waktu itu. Temasya terbesar anjuran FGG ini diadakan setiap empat tahun seperti juga Sukan Olimpik, Komanwel dan Asia.
Dianggarkan kira-kira 15,000 atlet LGBT dari sejumlah 70 negara termasuk Malaysia bakal bersaing dalam 500 acara melibatkan 36 jenis sukan pada Sukan Gay Dunia 2018 di ibu kota Perancis. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Ini Solosi pekerjanya!
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.
No comments:
Post a Comment