NAYPYIDAW – Myanmar menyalahkan Bangladesh kerana menangguhkan permulaan proses penghantaran pulang ratusan ribu pelarian Rohingya dengan mengatakan bahawa Naypyidaw bimbang Dhaka sengaja melewatkan usaha tersebut sehingga ia menerima bantuan antarabangsa berjumlah jutaan dolar.
Zaw Htay yang merupakan jurucakap pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi berkata, Naypyidaw bersedia menerima semula pelarian Rohingya pada bila-bila masa sahaja seperti yang terkandung dalam perjanjian bersama pada awal tahun 1990-an.
Katanya, Bangladesh masih enggan menerima terma tersebut.
“Kami bersedia memulakan proses ini tetapi pihak satu lagi (Bangladesh) masih belum meluluskannya, menyebabkan proses penghantaran pulang pelarian Rohingya tertangguh,” kata Zaw Htay kepada wartawan kelmarin.
Satu memorandum persefahaman mengenai hubungan sempadan ditandatangani bersama Menteri Dalam Negeri Bangladesh, Asaduzzaman Khan susulan rundingan di Naypyitaw minggu lalu tetapi tiada kemajuan dicapai bagi menghidupkan semula perjanjian terdahulu.
Zaw Htay mengaitkan kelewatan oleh Bangladesh itu dengan usaha masyarakat antarabangsa untuk membantu Dhaka membina kem pelarian terbesar untuk etnik Rohingya.
“Sehingga kini, mereka (kerajaan Bangladesh) mempunyai AS$400 juta (RM1.6 bilion).
Mereka juga menerima subsidi antarabangsa. Kami bimbang ia akan menjadi punca mereka melengahkan untuk menghantar pulang etnik Rohingya,” katanya dalam komen yang disiarkan di muka depan akhbar pemerintah, Global New Light of Myanmar semalam.
Lebih 600,000 etnik Rohingya terpaksa melarikan diri dari Negeri Rakhine dan mencari perlindungan di Bangladesh sejak Ogos lalu semasa operasi pembersihan oleh pasukan tentera Myanmar.
Pada Khamis lalu, kerajaan Bangladesh mengeluarkan kenyataan bahawa Myanmar tidak bersetuju dengan 10 perkara yang diajukan oleh menterinya semasa rundingan pada minggu lalu termasuk perlaksanaan penuh cadangan Suruhanjaya Penasihat Negeri Rakhine yang dipengerusikan oleh bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kofi Annan bagi menjayakan penghantaran pulang pelarian Rohingya. – AFP
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.
No comments:
Post a Comment